Kerjasama Umno-Pas: K’jaan Perak, Kedah bertukar sedikit masa lagi



PAS memberi bayangan bahawa kerajaan negeri Perak yang ditadbir Pakatan Harapan (PH) hari ini boleh bertukar tangan sekiranya parti itu menyatakan persetujuan untuk bergabung dengan Barisan Nasional (BN).

Portal Utusan Malaysia memetik Ketua Pemuda PAS Perak, Akmal Kamarudin sebagai berkata gabungan Umno dan PAS memiliki 30 kerusi DUN berbanding dengan PH yang mempunyai 29 kerusi.


Pada pilihan raya ke-14 lalu, Umno memenangi 27 kerusi manakala PAS pula mempunyai tiga kerusi.

Pada 12 Mei tahun lalu, bekas exco kerajaan negeri Perak yang juga Adun Sungai Manik, Zainol Fadzi Paharuddin dan Adun Tualang Sekah, Nolee Ashilin Mohamed Radzi mengesahkan mereka menyokong Ahmad Faizal Azumu, sebagai menteri besar Perak.


Kedua-dua mereka walau bagaimanapun menafikan diri mereka melompat parti atau meninggalkan Umno.

Mengulas perkembangan itu, Akmal berkata, sekiranya dua Adun Umno tidak keluar parti sudah pasti kerajaan negeri sudah ditadbir oleh gabungan tersebut.


“Pada awalnya PAS tidak membuat apa-apa keputusan untuk bergabung dengan BN sebelum Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), berdasarkan kepada pengalaman lalu sewaktu Datuk Muhammad Asri memimpin, selain PAS telah melawan BN sekian lama dalam memperjuangkan prinsip Islam.

“Setelah PRU14 berlalu, PAS telah melihat ahli BN melalui kehidupan sebagai wakil rakyat pembangkang yang cemerlang, seperti mana PAS telah lalui sebelum ini,” katanya lagi.


Kerajaan Negeri Perak hari ini ditadbir oleh PH yang mempunyai sebanyak 29 kerusi. Daripada jumlah itu, Amanah mempunyai 6 kerusi, Bersatu (1), PKR (4) dan DAP (18).

Semalam, slepas lebih dua setengah jam bermusyawarah, PAS dan Umno bersetuju bahawa kedua-dua parti rasmi 'bersanding' di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur.


Hal itu dinyatakan pemangku presiden Umno, Mohamad Hasan, yang mengadakan sidang media bersama Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man.

"Sekarang ni kita dah kenduri kahwin dah ni, dah rasmi dah. Sebab tu kita buat macam ni, (secara) rasminya... merasmikan jawatankuasa induk.

"Kita ni dah bersanding dah ni..." katanya.


Bagaimanapun kata Mohamad, langkah tersebut bukanlah bermaksud PAS dan Umno akan digabungkan dan tidak akan ada simbol baru bagi mereka.

Sementara itu, satu lagi kerajaan negeri pimpinan Pakatan Harapan iaitu Kedah juga boleh bertukar sekira Adun PAS dan Umno bergabung dan mengusulkan undi tidak percaya ke atas menteri besar Mukhriz Mahathir.


PH memenangi 18 kerusi DUN pada pilihan raya umum lalu - Amanah (3), Bersatu (5), PKR (8) dan DAP (2) - manakala Umno memiliki tiga kerusi dan PAS (15).

Kedah tumbang kepada PH pada PRU14 tahun lalu. - MK




Kerjasama Umno-Pas: K’jaan Perak, Kedah bertukar sedikit masa lagi Kerjasama Umno-Pas: K’jaan Perak, Kedah bertukar sedikit masa lagi Reviewed by Abu Leman Abu Seman on March 06, 2019 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...