Kerjasama Umno-Pas hasilkan negara Taliban – Nga Kor Ming


Sampai begitu bodohnya kafir cina DAP menyamakan perpaduan ummah sebagai teroris dan ektrimis. Ini adalah satu penghinaan kepada agama Islam. Kalau cina bersatu dipanggil apa pula?

Selepas Guan Eng menggelar kerjasama PAS-UMNO sebagai satu pengisytiharan perang terhadap kaum bukan Melayu, pemimpin-pemimpin DAP terus menghasut rakyat.



Semalam, Nga Kor Ming yang juga Timbalan Speaker Dewan Rakyat memberitahu wartawan media berbahasa Cina jika kerjasama PAS-UMNO berjaya menguasai Malaysia, negara akan mundur dan ganas seperti negara Afghanistan di bawah pengawalan Taliban.

Ini adalah satu lagi bentuk hasutan berbaur agama dan rasis yang amat melampau dari DAP.



UMNO, PAS, MCA dan MIC merupakan antara 9 parti pengasas apabila BN ditubuhkan pada tahun 1974.

UMNO dan PAS pernah bekerjasama dahulu dan negara terus makmur, tidak seperti yang digambarkan oleh Nga Kor Ming.



Cukup-cukuplah DAP.

Hentikan permainan hasutan perkauman anda.



Hentilah melaga-lagakan rakyat bukan Islam dengan orang Islam.

Dan sudah tentulah tiada tindakan terhadap pemimpin DAP ini untuk bebas keluarkan kenyataan seumpama ini. - Najib Razak




TAIPING – Kerjasama UMNO dengan Pas akan memecah-belahkan rakyat dan menyebabkan negara menjadi seperti Afghanistan yang diperintah oleh Taliban jika dua parti itu berjaya membentuk kerajaan.

Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Nga Kor Ming berkata, pembentukan kerajaan UMNO-Pas merupakan satu keadaan “tiada patah balik” yang akan menyebabkan rakyat menderita.



“UMNO dan Pas telah mengambil tindakan bersama yang semakin ekstrem manakala golongan Melayu yang sederhana dan berfikiran terbuka pula menjadi berdiam diri.

“Golongan yang berfikiran sederhana dan pertubuhan masyarakat berkenaan harus bersatu dan menguatkan tenaga supaya negara menghala ke aras pemerintahan yang mengamalkan pendekatan sederhana dan bukannya ekstrim,” katanya.



Kor Ming dipetik Kwong Wah Yit Poh selepas menghadiri satu aktiviti sempena dengan sambutan Hari Wanita di Kampung Aulong di Taiping, Perak pada Jumaat.

Ahli Parlimen Teluk Intan itu berkata, UMNO dan Pas bagaikan dua kapal yang semakin tenggelam dan mereka cuba menyelamatkan diri dengan berpaut bersama.



“Sesetengah pemimpin UMNO sudah didakwa di mahkamah dan parti itu penuh dengan skandal. Dalam Pas pula, terdapat juga pemimpinnya yang disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM),” katanya.

Beliau juga menyatakan kekesalannya apabila MCA dan MIC masih “berpelukan” dengan UMNO.



“Jika Pas bekerjasama dengan UMNO, masyarakat majmuk yang terbina sejak 1957 akan berdepan krisis,” katanya – MalaysiaGazette






ARTIKEL BERKAITAN:

Kerjasama Umno-Pas hasilkan negara Taliban – Nga Kor Ming Kerjasama Umno-Pas hasilkan negara Taliban – Nga Kor Ming Reviewed by Abu Leman Abu Seman on March 09, 2019 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...