Kenapa aset Tabung Haji diselia oleh bukan Islam?



KUALA LUMPUR – Pergerakan Pemuda UMNO terkilan dengan jawapan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof Rawa yang mengakui aset-aset Tabung Haji bernilai RM19.9 billion telah dipindahkan daripada kepada sebuah SPV (Urusharta Jamaah Sdn Bhd).

SPV itu pula diurus sepenuhnya oleh Prokhas Sdn Bhd yang mana ketua pegawai eksekutifnya, Chen Yin Heng.


“Daripada awal lagi, Pemuda UMNO amat curiga apabila Menteri Agama mengumumkan pemindahan atau penjualan aset-aset Tabung Haji kepada sebuah SPV yang diletakkan dibawah Kementerian Kewangan yang menterinya Lim Guan Eng.

“Sedangkan Tabung Haji boleh sahaja mewujudkan Syarikat SPV yang kekal dibawah seliannya sebagaimana model-model penerbitan sukuk yang dilakukan oleh banyak institusi dalam dan luar negara dengan tujuan menstrukturkan kembali kedudukan aset dan liabiliti di dalam Kunci Kira-kira (balance sheet) institusi berkenaan,” kata Dr. Asyraf Wajdi Dusuki dalam satu kenyataan hari ini.


Apakah tiada langsung tokoh-tokoh Islam bumiputera yang berkelayakan menguruskan harta umat Islam Tabung Haji, soalnya.

“Apakah jaminan aset-aset bernilai yang selama ini dimililiki oleh umat Islam melalui institusi yang cukup dihormati dunia Tabung Haji satu persatu tidak dikhianati dan jatuh ke tangan orang lain?


“Mujahid juga bertanggungjawab untuk meyakinkan umat Islam bahawa penstrukturan korporat Tabung Haji melalui penjualan aset-aset kepada Syarikat SPV adalah telus dan tiada kompromi terhadap kepentingan umat Islam termasuk aspek pematuhan syariahnya lantaran terlalu banyak kesangsian dan kerahsiaan dalam transaksinya yang melibatkan aset-aset umat Islam sebelum ini,” kata Asyraf Wajdi lagi.

Justeru Pemuda UMNO mendesak agar Mujahid mengambil tanggungjawab sepenuhnya selaku menteri yang diamanahkan menjaga kepentingan Institusi terulung umat Islam Tabung Haji dengan memberikan jawapan yang telus dan tuntas atas segala keresahan rakyat terutamanya di kalangan umat Islam hari ini. – MalaysiaGazette




Kenapa aset Tabung Haji diselia oleh bukan Islam? Kenapa aset Tabung Haji diselia oleh bukan Islam? Reviewed by Abu Leman Abu Seman on March 27, 2019 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...