Kemelut PPR Taman Manggis akhirnya selesai



PULAU PINANG 12 Mac - Konflik antara penyewa Projek Perumahan Rakyat (PPR) Taman Manggis dengan Kerajaan Negeri Pulau Pinang akhirnya selesai hari ini apabila penyewa terlibat bersetuju dengan tawaran alternatif oleh kerajaan negeri.

Lima penyewa yang masih menjadikan pekarangan Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) sebagai tempat tinggal sementara sejak tujuh hari lalu juga bersetuju untuk mengosongkan kawasan berkenaan bermula petang ini.


Difahamkan, penyewa berkenaan telah ditawarkan rumah sewa beli di Lebuh Macallum, rumah kos sederhana rendah serta rumah mampu milik setelah hampir lima jam berunding dengan wakil kerajaan negeri.

Menurut Pengerusi Persatuan Kebajikan Surplus Pulau Pinang, Sophian Mohd. Zain, penyewa dibenarkan pulang ke unit PPR masing-masing hari ini dan diberikan tempoh selama dua minggu sebelum berpindah dari rumah berkenaan.


"Tuntutan penyewa setakat ini telah dipersetujui, jika semua urusan perpindahan telah selesai penyewa akan mengosongkan unit PPR masing-masing.

"Hari ini adalah hari terakhir mereka berada di Komtar dan akan beredar selepas mengadakan solat isyak di sini dan majlis doa kesyukuran," katanya di sini hari ini.


Pada Rabu lalu, serramai 22 penyewa diusir dari PPR Taman Manggis di sini selepas didakwa hilang kelayakan menghuni kediaman masing-masing.

Penyewa kemudiannya menjadikan pekarangan Komtar sebagai tempat tinggal sementara sehingga jalan penyelesaian dicapai dengan kerajaan negeri hari ini.


Dalam pada itu, seorang penyewa, Nazrimah Jamal Abidin, 44, berkata, dia bersyukur kerana akhirnya masalah melibatkan unit PPR yang didudukinya itu selesai.

"Saya ditawarkan rumah sewa beli di Lebuh Macallum dengan kadar sewa RM230 sebulan dan saya bersetuju dengan tawaran ini.


"Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang membantu kami dalam hal ini sehingga rundingan selesai dijalankan," katanya. - UO








ARTIKEL BERKAITAN :

[LIVE] Penduduk PPR dihalau pihak berkuasa Pulau Pinang

Fakta PPR Taman Manggis yang PH sorok dari rakyat

[LIVE] Set Pol PM hadir selesaikan masalah penduduk PPR yang dihalau

TERKINI: Set Pol PM lari ketakutan dari penduduk PPR

[Live] Hari ke-3, penduduk PPR dihalau masih tak dihiraukan pemimpin PH

Pengusiran penduduk PPR tak sah, kata peguam

Penduduk PPR dihalau terharu disaji menu barbeku

Kemelut PPR Taman Manggis akhirnya selesai

Kemelut PPR Taman Manggis akhirnya selesai Kemelut PPR Taman Manggis akhirnya selesai Reviewed by Abu Leman Abu Seman on March 12, 2019 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...