TERKINI: Kematian pertama sisa toksik Pasir Gudang (tak rasmi)



Gara-gara kesan sisa toksik di Sungai Kim Kim, Pasir Gudang, seramai beribu orang mangsa telah mendapatkan rawatan di klinik kesihatan dan Hospital Sultan Ismail (HSI), Johor Bahru.

Setakat ini, jumlah keseluruhan pesakit seramai 4,035 orang sejak semalam. Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim telah memberi respon berhubung berhubung isu berkenaan.


TMJ menerusi Twitternya menegaskan pihak yang terlibat meluluskan projek berkenaan tidak akan dibiarkan terlepas. Tambahnya lagi, ini bukan masa untuk menuding jari kerana mana-mana pihak yang meluluskan projek itu perlu bertanggungjawab dengan kerosakan angkara mereka.

Lagi sekali Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim meluahkan sesuatu pelik berkenaan pencemaran sehingga tertutupnya sekolah.


Di dalam Twitter rasmi TMJ, beliau menyatakan mengapa hanya sekolah yang terlibat sedangkan banyak kawasan perumahan yang lebih hampir dengan aliran Sungai Kim.

“Saya pun pelik. Macam ada sesuatu. Contoh mengapa sekolah sekolah sahaja yang affected? Sedangkan ada juga rumah rumah yang lebih dekat daripada sekolah yang berhampiran sungai tersebut.” – TMJ


Soalan itu diretweet sebanyak hampir 900 kali sejak dimuat naik pada pukul 5.13 petang hari ini.

Ada netizen yang menjawab pertanyaan TMJ tersebut. Mereka menyatakan kebanyakkan pelajar yang terbabit adalah yang duduk di kelas tingkat atas sekolah.


Sebab kenapa kawasan perumahan tidak kena adalah kerana aliran angin. Rumah selalunya tertutup dan tidak terdedah manakala di sekolah bilik bilik darjah lebih terbuka.

"Sekolah berada dlm keadaan yang terbuka dan bertingkat. Sedangkan rumah masih boleh ditutup rapat ttp ada juga yang affected seperti ibu saya dan kucing jiran yang mati. Flat/apartment di tingkat atas juga dinasihatkan supaya lebih berhati-hati krn udara dia atas lebih tercemar." ciap @FasihaOmar


Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) percaya insiden gelombang kedua pencemaran sisa toksik yang berlaku di Johor Bahru adalah disebabkan pergerakan tiupan angin selain cuaca panas di kawasan berkenaan, kata Ketua Pengarahnya Datuk Mohammad Hamdan Wahid.

Beliau berkata bagaimanapun, pihaknya telah mengenal pasti bahawa sistem pengudaraan di sekitar kawasan tersebut kembali pulih selepas pemantauan bacaan gas kimia di Sungai Kim Kim yang tercemar itu berada pada tahap selamat.


“Saya difahamkan tindakan untuk membersihkan sungai tersebut daripada sisa toksik memerlukan kos yang sangat tinggi kerana ia merupakan kerjasama bersepadu antara agensi kerajaan dan syarikat swasta yang mempunyai kepakaran membersihkan sungai itu secara keseluruhannya.

“Oleh itu, kerja-kerja pembersihan di sungai tersebut perlu dilakukan segera bagi mengelakkan lebih ramai lagi menjadi mangsa pencemaran sisa toksik,” katanya.


Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Penganugerahan Pingat Kebesaran Jabatan dan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2018 melibatkan 146 pegawai dan anggota JBPM Negeri Perak di sini hari ini.

Terkini seramai 480 mangsa baharu pencemaran toksik di Sungai Kim Kim di sini dicatatkan sekali gus menjadikannya jumlah terkini mangsa 4,035.


Mereka semuanya dirujuk ke pusat rawatan awal di Stadium Tertutup Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG) di sini yang dibuka sejak pukul 8 pagi semalam.

Sementara itu Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad terkejut dalam menjawab pertanyaan wartawan di atas kehilangan Menteri Besar Johor yang dikatakan 'melancong' ke Batam. - KLViral/AbuLeman





Ooo.. Kucing jiran dia yang mati.. macam-macamlah netizen ni..


ARTIKEL BERKAITAN :
TERKINI: Kematian pertama sisa toksik Pasir Gudang (tak rasmi) TERKINI: Kematian pertama sisa toksik Pasir Gudang (tak rasmi) Reviewed by Abu Leman Abu Seman on March 16, 2019 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...