KELAKAR: Perang sorak antara PH dan BN



KUALA LUMPUR 2 Mac - Sebuah video tular mengenai gelagat penyokong Pakatan Harapan (BN) dan Barisan Nasional (BN) bersorak selepas proses pengundian berakhir di Semenyih, Hulu Langat, dekat sini petang tadi.

Video yang dimuat naik dalam akaun Facebook bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak itu menunjukkan penyokong PH menjerit Pakatan sambil disambil penyokong BN, hancing.


Video tersebut mendapat 12 ribu tanda suka dengan jumlah tonton 125 ribu sejak satu jam lalu.

Selain itu, penyokong PH pula menjerit 'bossku' sambil disahut penyokong BN, 'malu apa bossku'.

Video berdurasi satu minit lima saat itu berakhir dengan kedua-dua kumpulan penyokong tersebut bersalaman dan berpelukan sekali gus menunjukkan politik matang masih wujud dalam pilihan raya di negara ini. - UO



[ Please subscribe Abu Leman Youtube channel ]

KELAKAR: Perang sorak antara PH dan BN KELAKAR: Perang sorak antara PH dan BN Reviewed by Abu Leman Abu Seman on March 02, 2019 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...