KEJAM: Enggan rawat bayi toksik kerana tiada Mykid



PASIR GUDANG – Seorang wanita melahirkan rasa kecewa dan tidak puas hatinya kepada media selepas petugas di pusat rawatan awal di Stadium Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG) di sini tidak membenarkan bayinya mendapatkan rawatan.

Saloma Hassan, 39, yang merupakan seorang eksekutif di sebuah syarikat swasta ketika ditemui mendakwa, seorang petugas wanita di kaunter pendaftaran pintu masuk ke pusat rawatan berkenaan tidak membenarkannya masuk untuk membawa bayinya berusia setahun yang dipercayai terkena simptom alahan akibat pencemaran Sungai Kim Kim yang tercemar dengan sisa toksik.


Ibu kepada empat orang anak yang dua daripadanya baru sahaja dibenarkan pulang oleh pihak hospital selepas ditahan beberapa hari yang terkesan dengan insiden tersebut berkata, dia dilayan ‘acuh tidak acuh’ oleh seorang petugas wanita di situ.

Semua itu katanya, berlaku selepas dia terlupa untuk membawa dokumen pengenalan diri (Mykid) bayinya ketika hendak keluar rumah tengahari tadi untuk ke pusat rawatan berkenaan.


“Saya ni dah lah bawa anak ramai, lepas itu letak kereta pula jauh, boleh pula dia (petugas) layan saya macam itu.

“Dia (petugas) itu kata saya tak boleh bawa masuk bayi saya itu sebab tidak ada Mykid. Saya hanya tertinggal Mykid anak saya, takkanlah sampai anak saya nak dapatkan rawatan pun tidak boleh,” katanya.


Ujarnya, dia yang datang dari Taman Pasir Putih merasakan kehadirannya ke pusat itu seperti tidak berbaloi selepas mendapat layanan semacam itu.

Kecewa dengan perkara tersebut, Saloma akhirnya membuat keputusan untuk menghantar anaknya ke klinik swasta.


“Sepatutnya mereka benarkan bayi saya ini mendapatkan rawatan dahulu. Ini tidak dia suruh saya juga ambil Mykidnya.

“Benda itu boleh buat nanti-nanti, tak perlu segera. Inikan pasal nyawa,” ujarnya.


Sementara itu, tinjauan MalaysiaGazette di pusat berkenaan mendapati, pintu masuk ke dalam pusat rawatan itu dikawal oleh anggota MPPG dan pasukan Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela).

Kawalan yang ketat dilakukan oleh petugas terbabit sebagai langkah berjaga-jaga untuk tidak membenarkan pihak yang tidak berkenaan masuk ke pusat rawatan awal itu.


Sepatutnya pihak yang bertanggungjawab meletakkan anggota pasukan perubatan di pintu masuk itu dan sekiranya ia dilakukan perkara tersebut pasti tidak akan terjadi.

Ia disebabkan, anggota pasukan perbuatan mempunyai Prosedur Operasi Standard (SOP) yang perlu menerima mana-mana pesakit untuk mendapatkan rawatan kerana itu sememangnya merupakan tanggungjawab mereka. – MalaysiaGazette



ARTIKEL BERKAITAN :

KEJAM: Enggan rawat bayi toksik kerana tiada Mykid KEJAM: Enggan rawat bayi toksik kerana tiada Mykid Reviewed by Abu Leman Abu Seman on March 17, 2019 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...