Kali kedua Muhyiddin tersasul sokong BN



HULU LANGAT 1 Mac - Kalau sudah tersemat di sanubari Barisan Nasional (BN) dalam diri, lompat ke parti mana sekali pun, BN tetap dihati.

Ini kali kedua Timbalan Presiden Pakatan Harapan (PH) tersasul menyebut sokongan kepada BN dalam tempoh berkempen Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Semenyih.



Pertama, beliau tersasul sewaktu berucap di hadapan lebih 300 hadirin kaum India pada Malam Kebudayaan yang berlangsung di Bandar Rinching di sini baru-baru ini.

Kali kedua pula, hal ini berlaku pada sidang akhbar selepas menghadiri mesyuarat jentera pilihan raya PH di Bilik Gerakan PH di sini petang tadi.



“Ini dengan sokongan. sebab kerajaan Persekutuan adalah PH. Kerajaan negeri adalah PH. Kalau dilihat dari segi logiknya, tak kan pilih pembangkang.

“Tak suka pun, mahu tak mahu, tetap kena sokong Barisan (BN)... erm apa ni, pakatan (PH), kerana di sini ada faedah,” katanya. - UO



ARTIKEL BERKAITAN : Muhyiddin tersasul ajak pengundi India sokong BN

Kali kedua Muhyiddin tersasul sokong BN Kali kedua Muhyiddin tersasul sokong BN Reviewed by Abu Leman Abu Seman on March 01, 2019 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...