'Jawab soalan wartawan pun tetap salah' – Pengerusi SPR jawab Muhyiddin



KAJANG: Presiden PPBM, Muhyiddin Yassin mempertahankan calon Pakatan Harapan (PH), Muhammad Aiman Zainali yang didakwa melanggar Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 kerana cuba meraih undi selepas tamat tempoh berkempen pilihan raya kecil Semenyih.

Katanya, Aiman sekadar menjawab soalan wartawan dan tidak ramai pengundi Semenyih berada di tempat kejadian ketika itu.


“Bukan soal sedar, tidak sedar adakah dia sudah membuat kesalahan. Kalau dia bercakap sekali pun, bukan orang Semenyih banyak,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang hari ini.

Terdahulu, pemantau pilihan raya, Bersih 2.0 dilaporkan berkata, Aiman melanggar Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 kerana berkempen selepas tamat tempoh, walaupun ketika bercakap kepada wartawan yang juga dianggap orang ramai.


“Dan saya harap pengundi buat pilihan yang bijak, dapat memberi kebaikan kepada rakyat Semenyih dan insya Allah saya harap mereka semua undilah Pakatan Harapan, undilah Aiman Zainali,” katanya kepada pemberita selepas membuang undi di Sekolah Menengah Kebangsaan Engku Husain, pagi tadi.

Sementara itu Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) Azhar Azizan Harun dalam menjawab soalan wartawan memaklumkan, walaupun Aiman menjawab soalan wartawan, ia tetap satu kesalahan.


Azhar juga menegur wartawan yang bertanyakan soalan yang menjurus kepada calon melakukan kesalahan. Wartawan itu juga boleh dikenakan tindakan di atas dakwaan bersubahat atau membantu calon melakukan kesalah itu.

Bagaimanapun Azhar tidak menjawab soalan wartawan samada calon PH itu akan dikenakan tindakan namun mengarahkan semua pihak agar menghentikan kempen dengan serta merta. - MK/AbuLeman



[ Please subscribe Abu Leman Youtube channel ]

'Jawab soalan wartawan pun tetap salah' – Pengerusi SPR jawab Muhyiddin 'Jawab soalan wartawan pun tetap salah' – Pengerusi SPR jawab Muhyiddin Reviewed by Abu Leman Abu Seman on March 02, 2019 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...