SKMM larang sebar video serangan pengganas di Masjid New Zealand



KENYATAAN MEDIA
CYBERJAYA
15 MAC 2019

JANGAN SEBAR ATAU KONGSI VIDEO INSIDEN TEMBAK DI MASJID CHRISTCHURCH

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) ingin mengingatkan orang ramai di negara ini untuk tidak berkongsi ataupun menyebarkan rakaman video berhubung insiden tembak-menembak di dua buah masjid id Christchurch, New Zealand hari ini.


Tindakan tersebut adalah perlu bagi mengelakkan berlakunya sebarang kejadian tidak diingini yang boleh mengundang suasana panik dan marah dalam kalangan masyarakat. Orang ramai juga diminta menghormati sensitiviti dan perasaan keluarga mangsa yang terlibat.

Pada masa yang sama, pihak MCMC akan turut bekerjasama dengan penyedia-penyedia perkhidmatan untuk menurunkan rakaman berkenaan.


Sebarang perkongsian kandungan yang bersifat mengancam dan jelik merupakan satu kesalahan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998. MCMC memandang serius perkara  ini dan mana-mana pihak yang terlibat boleh dikenakan tindakan mengikut undang-undang sedia ada.

ARTIKEL BERKAITAN : 40 terbunuh serangan pengganas di masjid New Zealand





SKMM larang sebar video serangan pengganas di Masjid New Zealand SKMM larang sebar video serangan pengganas di Masjid New Zealand Reviewed by Abu Leman Abu Seman on March 15, 2019 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...