Ingat tukar sawit macam ubah pokok bunga dalam pasu? – Najib



KUALA LUMPUR 3 Mac - Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyindir hasrat Pengerusi Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP), Datuk Mazlan Aliman membantu kerajaan untuk menukar tanaman kelapa sawit kepada tanaman alternatif.

Najib berkata, terdapat lebih lima juta hektar ladang kelapa sawit di Malaysia dan perkara itu tidak semudah menukar pokok bunga di dalam pasu.


"Oh ada lagi dia ni. Dulu hari-hari bising dan hanya tahu mengutuk, menghasut peneroka Felda. Idea dia banyak sampai boleh la muat gedung besar. Tiba-tiba sekarang dia keluar cadangan tukar tanaman.

"Bukan luaskan pasaran, bukan cari pembeli, bukan tingkatkan industri hiliran. Nak peneroka dan pekebun kecil kita tanam apa? Di Malaysia ada lebih 5 juta hektar ladang kelapa sawit. Ingat tanaman di ladang semua ini kalau nak tukar macam tukar pokok bunga kat pasu?" kata Najib.


Mazlan hari ini berkata, LPP sedia memberikan kepakaran tanaman alternatif kepada sawit terutama di kawasan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) dan Felcra Berhad.

Semalam, Menteri Industri Utama, Teresa Kok Suh Sim mencadangkan pekebuh kecil beralih kepada tanaman baharu seperti kelapa, nanas atau buluh.


Langkah tersebut adalah untuk mengurangkan kebergantungan terhadap hasil tanaman kelapa sawit sebagai produk komoditi negara termasuk menghentikan peluasan penanaman tanaman itu.

Inisiatif itu juga dilihat dapat membantu meringankan beban pekebun kecil yang terkesan dengan kejatuhan harga minyak sawit pada tahun lalu. - UO


ARTIKEL BERKAITAN: 'Lupakan kelapa sawit, tanam buluh' – Teresa Kok
Ingat tukar sawit macam ubah pokok bunga dalam pasu? – Najib Ingat tukar sawit macam ubah pokok bunga dalam pasu? – Najib Reviewed by Abu Leman Abu Seman on March 03, 2019 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...