Indeks Bursa jatuh 200 mata, PH gagal – Najib



Dari permulaan tahun 2019 sehingga kini, Malaysia sedang duduk di tempat pertama antara negara-negara ASEAN sebagai negara yang paling tinggi aliran keluar bersih dana asing.

Sementara dana pelabur sedang keluar dari Malaysia, negara Indonesia pula melaporkan pengaliran masuk dana asing.


Ini bukan Najib yang kata. Ini data dari hasil penyelidikan syarikat kewangan MIDF Research

Bagi enam hari pertama dagangan dalam bulan Mac sahaja, pelabur asing telah menarik keluar dana sebanyak RM1.06 bilion dari pasaran ekuiti Malaysia.


Tahun lepas ekonomi kita tiba-tiba teruk selepas PRU14.

Nampaknya sedang bertambah teruk lagi tahun ini.


Genap satu tahun dahulu iaitu pada 12 Mac 2018, indeks Bursa Malaysia adalah 1,861 mata.

Pagi ini, saya tengok indeks Bursa jatuh ke 1,669 mata - jatuh hampir 200 mata.


Pasaran saham Malaysia masih tidak memulih walaupun sudah 10 bulan PH memerintah.

Pelabur-pelabur asing masih tidak yakin dengan menteri-menteri kerajaan PH. - Najib Razak




Indeks Bursa jatuh 200 mata, PH gagal – Najib Indeks Bursa jatuh 200 mata, PH gagal – Najib Reviewed by Abu Leman Abu Seman on March 11, 2019 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...