Hospital Putrajaya terpaksa rayu sumbangan bina surau RM6.01 juta


Zaman PH mentadbir, hospital terpaksa rayu sumbangan orang ramai. Tak pernah terjadi di zaman BN

PUTRAJAYA 27 Mac- Hospital Putrajaya (HPj) memerlukan dana sebanyak sebanyak RM6.01 juta bagi melaksanakan pembinaan sebuah surau dan balai pelawat dalam usaha menambah baik kemudahan awam di hospital itu.


Pengarahnya, Datuk Dr. Nora’i Mohd. Said berkata, pembinaan kemudahan itu merupakan satu keperluan untuk pesakit dan juga pelawat kerana surau sedia ada tidak mampu untuk menampung penggunaan pada setiap hari.

Sehubungan itu katanya, sumbangan orang ramai dan badan korporat amat diharapkan bagi merealisasikan pembinaan dua kemudahan tersebut demi memberi keselesaan kepada pesakit dan juga para pelawat di HPj.


“Keadaan kemudahan itu di HPj ketika ini agak kritikal memandangkan jumlah kehadiran pesakit luar adalah mencecah sehingga 1,000 orang sehari manakala kakitangan di hospital itu juga adalah sekitar 2,000 orang.

“Sekarang jumlah kutipan terkumpul ialah sebanyak RM500,000 dan projek akan dimulakan apabila dana mencecah 70 peratus daripada kos anggaran pembinaan,” katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.


Menurut Nora’i, dana terkumpul RM500,000 itu merupakan sumbangan orang ramai selain setiap 2,000 kakitangan HPj menderma RM1 sebulan bagi memastikan hasrat pembinaan kemudahan itu menjadi realiti.

Katanya, HPj dan Kementerian Kesihatan juga telah bersetuju untuk menyediakan tanah kosong bersebelahan taman permainan kanak-kanak berhadapan lobi utama sebagai tapak surau dan balai pelawat terbabit.


“Untuk balai pelawat, HPj merancang untuk membina bangunan dua tingkat dengan 18 bilik yang menempatkan 36 katil untuk kemudahan pelawat yang datang dari jauh menemani pesakit,” katanya.

Mengenai permohonan sumbangan orang awam itu, Norai’i berkata, kutipan berkenaan terpaksa dibuat berikutan peruntukan kerajaan adalah terhad memandangkan dana sedia ada perlu dikhususkan untuk projek lebih kritikal.


Nora’i berkata, mana-mana pihak yang ingin menyalurkan sumbangan boleh berbuat demikian melalui akaun Bank Islam (16018010027944) Tabung Pembinaan Surau Ibnu Sina Hospital Putrajaya atau Bank Rakyat (110981002095) Surau Ibnu Sina Hospital Putrajaya.

Bagi sebarang keterangan lanjut, orang ramai boleh berhubung terus dengan Ummiaton Koronay (0383124378) atau Kamaruzaman Abdul Aziz (0383124200 samb 1910) atau Suziyana Sukri (0127860665). - UO

Hospital Putrajaya terpaksa rayu sumbangan bina surau RM6.01 juta Hospital Putrajaya terpaksa rayu sumbangan bina surau RM6.01 juta Reviewed by Abu Leman Abu Seman on March 27, 2019 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...