Hina Nabi: 'Ayea Yea' dijatuhi hukuman penjara 10 tahun



KUALA LUMPUR – Pemilik akaun Facebook ‘Ayea Yea’ dijatuhi hukuman 10 tahun dan 10 bulan penjara selepas mengaku bersalah terhadap 10 pertuduhan yang dikenakan terhadap beliau.

Hukuman ke atasnya diperintah dilaksanakan secara berasingan.
Ayea Yea didakwa di Mahkamah Sesyen Kuching, Sarawak di bawah Seksyen 298A Kanun Keseksaan dan Sekyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKMM).


Manakala pemilik akaun Twitter@Alvibchow333 pula mengaku tidak bersalah terhadap lapan pertuduhan yang dibacakan ke atasnya.

Beliau juga didakwa di bawah Seksyen 298A Kanun Keseksaan, 505(C) dan Seksyen 233 AKMM.


Tertuduh tidak ditawarkan jaminan dan kes disebut semula pada 5 April ini.

Dua tertuduh itu merupakan empat pemilik akaun media sosial yang didakwa di mahkamah kerana menghina agama Islam dan Nabi Muhammad.


Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, pertuduhan terhadap mereka dibuat mengikut beberapa peruntukan iaitu di bawah Seksyen 298A Kanun Keseksaan atas alasan agama, menyebabkan suasana tidak harmoni, perpecahan atau permusuhan benci membenci atau niat jahat atau memudaratkan pemeliharaan keadaan harmoni atau perpaduan.

Selain itu, Seksyen 505(c) Kanun Keseksaan kenyatan-kenyataan yang mendatangkan khianat awam dengan niat hendak mengapikan atau mungkin mengapikan mana-mana golongan atau kaum melakukan sesuatu kesalahan terhadap mana-mana golongan atau kaum lain.


Sekyen 233 AKMM1988, penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian dan lain-lain.

Seorang lagi, Danny A’antonio Jr. juga telah didakwa di bawah Seksyen 298A dan Seksyen AKMM dan tertuduh tidak mengaku bersalah.


Dia tidak ditawarkan jaminan dan sebutan kes ditetapkan pada 5 April ini.

Yazid Kong pula mengaku bersalah apabila didakwa di bawah pertuduhan yang sama dan hukuman ke atasnya akan ditentukan pada 11 Mac ini. – MalaysiaGazette




Hina Nabi: 'Ayea Yea' dijatuhi hukuman penjara 10 tahun Hina Nabi: 'Ayea Yea' dijatuhi hukuman penjara 10 tahun Reviewed by Abu Leman Abu Seman on March 09, 2019 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...