Himpunan LGBT: Haramkan SIS



KUANTAN 13 Mac - Kementerian Dalam Negeri diminta mengharamkan Sisters In Islam (SIS) yang menjadi penganjur perarakan penyokong lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) dalam himpunan Hari Wanita di Kuala Lumpur, Sabtu lalu.

Exco Pemuda UMNO, Muhammad Faiz Hashim berkata, perkataan ‘Islam’ pada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu perlu digugurkan kerana jelas boleh mengelirukan terutama kepada mereka yang mempunyai tahap pengetahuan agama yang rendah.


“Ia tidak mencerminkan kebaikan kepada Islam malah perlakuan mempromosikan LGBT mengunakan NGO yang ada perkataan Islam adalah berniat jahat, mengelirukan serta mencemarkan nama Islam itu sendiri.

“Selaku Exco Pemuda UMNO, saya mohon kerajaan memandang serius perkara ini agar SIS diharamkan menggunakan perkataan Islam kerana tindakan NGO itu ternyata mencemarkan nama Islam itu sendiri,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.


Dalam satu himpunan dan perarakan Women’s March, Sabtu lalu, penyokong LGBT dirakam melaungkan slogan seperti `Hidup LGBT’ dan mengibarkan bendera pelangi yang menandakan sokongan mereka terhadap golongan itu.

Walaupun perarakan itu bertujuan meraikan Hari Wanita Sedunia, kelibat penyokong LGBT dilihat mencemarkan perarakan tersebut.- UO



ARTIKEL BERKAITAN : Peserta himpunan LGBT, cucu Mahathir 'cacat' – Mufti Perlis
Himpunan LGBT: Haramkan SIS Himpunan LGBT: Haramkan SIS Reviewed by Abu Leman Abu Seman on March 13, 2019 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...