Hadi pantun, tuduh Taliban tapi di belakang ada Komunis



KUALA LUMPUR 25 Mac – Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang memulangkan paku buah keras kepada pemimpin Pakatan Harapan (PH) dengan hanya menggunakan pantun empat kerat berhubung isu tuduhan Taliban.

Pantun yang dikarang Ahli Parlimen Marang itu dalam laman Facebook beliau semalam turut menyindir pemimpin DAP yang didakwa melabel kerjasama Pas dengan UMNO sebagai Taliban.



“Datang bersuluh di bandar Seremban,
Naik perahu ke Pulau Manis,
Kamu tuduh kami Taliban,
Di belakang kamu ada komunis.

Tegakkan Islam, Melayu dan semua kaum selamat!” katanya.



Sementara itu, Abdul Hadi dalam kenyataan berasingan hari ini mengecam tindakan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump yang mengiktiraf Bukit Golan sebagai kawasan Israel.

Katanya, tindakan pengikitirafan itu disifatkan sebagai melampau dan boleh menambah keganasan yang mengancam keamanan dunia.



“Tindakan ini jelas menunjukkan kesombongan Presiden AS yang dipengaruhi Zionis dengan tidak menghormati pemilik asal bumi Palestin dan meneruskan agenda peluasan kuasa Zionis di sana.

“Pas mengekalkan pendirian tidak mengiktiraf cadangan dua negara (Two-State) dan menolak sebarang tindakan hegemoni Zionis yang hanya mendatangkan ketegangan di rantau Asia Barat dan dunia keseluruhannya,”katanya. - UO



[ Please subscribe Abu Leman Youtube channel ]



ARTIKEL BERKAITAN:

Hadi pantun, tuduh Taliban tapi di belakang ada Komunis Hadi pantun, tuduh Taliban tapi di belakang ada Komunis Reviewed by Abu Leman Abu Seman on March 25, 2019 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...