Habis semua syarikat GLC rugi, yang untung PH dijual pula – Najib



Selepas PH menang PRU14, beberapa syarikat GLC telah mengalami kerugian yang teruk pada masa ekonomi negara semakin merudum.

Syarikat-syarikat GLC ini penting kerana ianya dimiliki oleh kerajaan dan tabung-tabung simpanan rakyat seperti ASB, ASN, Tabung Haji, KWAP dan KWSP.

Jika keuntungan dan dividen dari syarikat-syarikat ini rendah atau tidak ada, maka pulangan kepada rakyat dari tabung-tabung ini turut menerima kesan.


Semalam, Tenaga Nasional mengumumkan kerugian untuk suku ke-4 tahun 2018. walaupun mereka telah naikkan tarif elektrik pada 1 Juai 2018.

TNB rugi RM134 juta pada suku ke-4 2018 berbanding untung RM1.72 bilion pada suku yang sama tahun 2017.


TNB tidak pernah rugi dalam mana-mana suku sejak 7 tahun yang lepas.

Kali terakhir TNB rugi ialah pada masa beban perjanjian penjana elektrik bebas (IPP) berat sebelah masih belum diselesaikan dengan pertolongan 1MDB pada tahun 2012.


FGV Holdings Bhd pula mencatat kerugian besar RM1.08 bilion untuk tahun 2018. berbanding untung RM131 juta bagi tahun 2017 di bawah BN.

Untuk suku pertama tahun 2018 iaitu dari bulan Januari hingga Mac, FGV masih mencatat keuntungan tetapi tiba-tiba rugi besar di bawah PH.


Syarikat Axiata lagi teruk.

Axiata umumkan kerugian RM5.03 bilion untuk tahun 2018 berbanding keuntungan RM909.48 juta untuk tahun 2017.


Syarikat Telekom Malaysia juga mengalami kerugian - satu yang tidak pernah berlaku sejak 10 tahun yang lalu.


Syarikat Boustead Holdings milik LTAT juga melaporkan kerugian RM469.2 juta untuk tahun 2018 berbanding untung RM436.2 juta untuk tahun 2017.

Suku pertama 2018 di bawah BN, Boustead masih untung. Tetapi terus mengalami kerugian selepas itu di bawah PH.


Yang tak rugi ialah IHH Berhad.

Keuntungan IHH Berhad naik 5 kali ganda untuk suku ke-4 2018 berbanding tahun sebelumnya.

Tetapi malangnya untuk Rakyat Malaysia, kerajaan PH sudah jual IHH Berhad kepada Jepun pada bulan November lalu. - Najib Razak



Habis semua syarikat GLC rugi, yang untung PH dijual pula – Najib Habis semua syarikat GLC rugi, yang untung PH dijual pula – Najib Reviewed by Abu Leman Abu Seman on March 01, 2019 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...