Guan Eng tak jadi tutup MAS selepas teruk dikecam



KUALA LUMPUR: Menteri Kewangan Lim Guan Eng hari ini memberi jaminan kerajaan tidak akan tutup Malaysia Airlines Bhd (MAB).

Memperjelaskan kenyataan Dr Mahathir Mohamad mengenai isu tersebut semalam yang disalah tafsir, Lim berkata cadangan menutup syarikat penerbangan nasional itu sebenarnya satu dari opsyen yang dikemukakan kepada perdana menteri.


Lim berkata, penjelasan tersebut bermakna masa depan kakitangan syarikat penerbangan itu terjamin.

Semalam, Mahathir disebut sebagai berkata: “Saya rasa ia merupakan keputusan yang sangat serius untuk menutup syarikat penerbangan negara itu.


“Kami akan kaji situasi, sama ada menutupnya atau menjualnya atau membiayainya semula. Ini semua terserah kepada kerajaan untuk putuskan.”

MAB yang diswastakan bawah Khazanah National Bhd (Khazanah), mengalami kerugian lebih rendah tahun lepas disebabkan beberapa faktor, termasuk kekurangan anak kapal pada separuh kedua 2018. - FMT


Guan Eng tak jadi tutup MAS selepas teruk dikecam Guan Eng tak jadi tutup MAS selepas teruk dikecam Reviewed by Abu Leman Abu Seman on March 13, 2019 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...