Giliran Legoland pula dijual kepada negara luar – Najib



Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) dilaporkan sedang mempertimbangkan cadangan untuk menjual Legoland Malaysia Resort.

Portal Bloomberg yang memetik sumber melaporkan taman tema berkenaan dianggarkan bernilai RM1 bilion termasuk hutang yang dimiliki.


Kata sumber itu, Khazanah sedang mempertimbangkan potensi penjualan sebagai sebahagian daripada kajian semula ke atas aset bukan terasnya.

“Belum ada keputusan muktamad dan ada kemungkinan Khazanah mengekalkan aset itu,” kata sumber itu lagi.


Legoland Malaysia Resort yang terletak di selatan Johor dimiliki Khazanah dan dikendalikan Merlin Entertainments Plc. Ia adalah taman bertema Lego yang pertama di Asia, meliputi kawasan yang bersamaan dengan lebih daripada 50 padang bola sepak.

Taman tema Lego pertama di Asia itu dibuka pada 15 September 2012 dengan mempamerkan 15,000 model Lego yang dibuat daripada lebih 60 juta bata.


Menurut Bloomberg wakil Khazanah belum bersedia mengulas lanjut berhubung berita berkenaan.

Sementara itu bekas perdana menteri, Najib Razak dalam hantarannya di Facebook berkata, usaha Khazanah Nasional di bawah kerajaan BN untuk mewujudkan taman tema bertaraf antarabangsa itu adalah untuk merancakkan industri pelancongan.


“Sejak dibuka dan selari dengan jumlah pengunjung yang semakin bertambah, Legoland terus ditambah baik dengan penambahan lebih banyak tarikan seperti Sea Life yang akan dibuka bulan depan.

“Kini, Khazanah di bawah kerajaan PH sudah bersedia untuk jual Legoland Malaysia dengan harga RM1 bilion.


“Besar kemungkinan pembeli ini adalah dari luar negara. Tak apalah. Lagi banyak aset negara boleh dijual oleh kerajaan PH,” katanya dalam nada sinis. - MK

ARTIKEL BERKAITAN : Najib: 10 tahun saya jadi PM, Khazanah tak pernah rugi




Giliran Legoland pula dijual kepada negara luar – Najib Giliran Legoland pula dijual kepada negara luar – Najib Reviewed by Abu Leman Abu Seman on March 05, 2019 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...