Gelaran 'bekas diktator' itu adalah fakta, kata Izzah



KUALA LUMPUR: Nurul Izzah Anwar mempertahankan kenyataannya bahawa Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad adalah ‘bekas diktator’, seperti yang diungkapnya dalam satu temubual bersama media antarabangsa baru-baru ini.

Ahli Parlimen Permatang Pauh itu berkata, gelaran ‘bekas diktator’ itu adalah fakta yang diketahui semua orang, dan itu bukan pertama kali beliau sebut secara terbuka.


Katanya Nurul Izzah lagi, kenyataan itu sering diungkapkan beliau sewaktu kempen menjelang pilihan raya umum, sewaktu himpunan Bersih dan sebagainya.

“Saya tak faham kenapa menyebutnya dalam forum yang berlainan, tetapi mesejnya sama, adalah satu masalah,” katanya kepada sidang media di lobi Dewan Rakyat, di sini hari ini.


Dalam wawancaranya bersama akhbar Singapura baru-baru ini, Nurul Izzah meluahkan rasa kecewanya dengan kerajaan PH yang gagal menunaikan janji dan gagal menggerakkan agenda reformasi sepertimana sepatutnya.

Dalam kenyataan itu, Nurul Izzah meluahkan isi hati beliau yang sukar bekerja dengan ‘bekas diktator’ yang dakwanya telah menyebabkan pelbagai kerosakan, bukan sahaja dalam kehidupan keluarganya, malah pemerintahan negara.


Mengulas mengenai kenyataan beliau berhubung prestasi kerajaan, Nurul Izzah berkata, tidak ada salahnya untuk mengeluarkan kenyataan sedemikian sekiranya ia merupakan sesuatu yang benar.

Gelaran 'bekas diktator' itu adalah fakta, kata Izzah Gelaran 'bekas diktator' itu adalah fakta, kata Izzah Reviewed by Abu Leman Abu Seman on March 27, 2019 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...