Filipina hentikan import minyak sawit Malaysia


Mungkin Teresa Kok lupa bagi dia sticker Sayangi Sawitku hari itu - Najib Razak

MANILA: Jabatan Pertanian Filipina hari ini memohon pemberhentian sementara import minyak sawit dari Indonesia dan Malaysia.

Tindakan itu dibuat berlandaskan alasan penanam kelapa dan kelapa sawit tempatan terjejas akibat 'harga terlalu rendah' berikutan dakwaan 'lambakan' minyak sawit oleh dua negara berkenaan.


Setiausaha Pertanian Filipina, Emmanuel Pinol, dalam paparan Facebook beliau, berkata ini kerana import minyak sawit dari Indonesia dan Malaysia meningkat 900 peratus dalam tempoh tiga tahun lalu, namun beliau tidak memaklumkan tempoh pemberhentian import itu.

Jabatan Pertanian Filipina turut meminta Jabatan Tenaga dan Lembaga Bio-Fuel Kebangsaan negara itu supaya menaikkan komponen minyak kelapa dalam bio diesel kepada lima peratus berbanding dua peratus sekarang. - REUTERS

Filipina hentikan import minyak sawit Malaysia Filipina hentikan import minyak sawit Malaysia Reviewed by Abu Leman Abu Seman on March 27, 2019 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...