Fakta PPR Taman Manggis yang PH sorok dari rakyat



Mungkin ramai yang tidak tahu yang sebenarnya Program Perumahan Rakyat (PPR) Taman Manggis dahulu telah diluluskan pembinaannya pada tahun 2002 mengunakan peruntukan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dan siap tahun 2006.

PPR ini kemudiannya diberikan kepada Kerajaan Negeri Pulau Pinang tanpa sebarang bayaran, percuma, untuk diuruskan oleh mereka demi membantu rakyat yang kurang berkemampuan.


Kerajaan Barisan Nasional pada waktu itu juga telah menyediakan tapak tambahan untuk pembinaan PPR Taman Manggis fasa ke-2 bangunan setinggi 16 tingkat bagaimanapun projek tersebut dibatalkan oleh Lim Guan Eng setelah DAP berkuasa di Pulau Pinang.

Mereka menidakkan keperluan rakyat dan menjadikan tapak itu untuk dinaikkan hospital swasta dan mungkin juga hotel yang sudah semestinya bukanlah untuk golongan miskin atau untuk golongan berpendapatan rendah.


Hari ini Ketua Menteri Pulau Pinang memberi alasan pengusiran penduduk PPR itu adalah bagi memberi peluang kepada 400 keluarga yang lain untuk masuk ke PPR usang itu, padahal pada awalnya masalah ini tidak akan timbul jika projek PPR fasa ke-2 yang dibatalkan itu dijalankan 10 atau 11 tahun dahulu.

Mungkin tiada masalah mana-mana keluarga yang diusir keluar dari PPR jika projek PPR itu tidak dibatalkan oleh DAP bahkan mungkin kerajaan sekarang sedang mendirikan PPR fasa ke-3 jika kerajaan hari ini benar-benar mahu membantu rakyat.


Malangnya bukan itu yang berlaku. Saksikanlah sendiri apabila puluhan keluarga dihalau keluar dari rumah PPR seperti anjing kurap.

DAP tidak datang untuk berbincang, malah kenyataan yang dikeluarkan semalam juga bercampur fitnah dan penipuan terhadap penghuni PPR di sana. - AbuLeman



LIHAT LIVE SEKARANG: [LIVE] Penduduk PPR dihalau pihak berkuasa Pulau Pinang

Fakta PPR Taman Manggis yang PH sorok dari rakyat Fakta PPR Taman Manggis yang PH sorok dari rakyat Reviewed by Abu Leman Abu Seman on March 07, 2019 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...