TERKINI: Facebook, Instagram 'down' seluruh dunia



Sekiranya anda tidak dapat membuat hantaran baru di Facebook, jangan panik. Ia bukan silap anda

Aplikasi Facebook dan Instagram dilaporkan mengalami masalah dengan server mereka sejak pukul 11 malam tadi waktu Malaysia.



Masalah itu dilaporkan berlaku di seluruh dunia. Pengguna Facebook termasuk kakitangan AbuLeman mendapat mesej ralat yang mengatakan "ada sesuatu yang tidak kena" (somethhing went wrong).

Pihak Facebook telah mengesahkan gangguan tersebut dan sedang melakukan selenggaraan secepat mungkin.



"Kami menyedari bahawa sesetengah pengguna sedang menghadapi masalah untuk mengakses aplikasi Facebook. Kami sedang berusaha menyelesaikan masalah ini secepat mungkin." Mesej yang diciap di akaun Twitter mereka.

Ini bukan kegagalan pertama yang berlaku pada server Facebook. Pada bulan November, rangkaian sosial itu telah mengalami masalah yang sama disebabkan oleh ujian yang syarikat itu sedang jalankan. Kegagalan itu berlaku selama sekitar 40 minit. - Cnet/AbuLeman




TERKINI: Facebook, Instagram 'down' seluruh dunia TERKINI: Facebook, Instagram 'down' seluruh dunia Reviewed by Abu Leman Abu Seman on March 14, 2019 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...