Enam 'sampah' Umno Sabah bakal sertai Bersatu


Shapie kena kencing. Berebut pula hendak 'sampah' Umno ya?

PUTRAJAYA 14 Mac - Ahli Dewan Undangan (ADUN) Sulaman, Datuk Hajiji Mohd. Noor dikatakan antara enam bekas wakil rakyat UMNO Sabah yang bakal menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), sebulan selepas parti dipengerusikan Tun Dr. Mahathir Mohamad itu mengumumkan hasrat untuk melebarkan sayapnya ke Negeri Di Bawah Bayu tersebut.


Keenam-enam mereka dikatakan bakal menerima kad keahlian Bersatu daripada Dr. Mahathir sendiri dalam satu majlis di Yayasan Kepimpinan Perdana (YKP), di sini namun majlis berkenaan ditunda esok kerana Perdana Menteri memutuskan untuk ke Pasir Gudang, Johor.

Selain Hajiji, ADUN Karanaan, Datuk Seri Masidi Manjun serta empat ahli Parlimen iaitu Datuk Zakaria Edris (Libaran), Datuk Seri Ronald Kiandee (Beluran), Datuk Azizah Mohd. Dun (Beaufort) dan Datuk Abdul Rahim Bakri (Kudat), akan menjadi kumpulan pertama wakil rakyat menyertai Bersatu.


“Ini merupakan satu perkembangan yang baik kepada rakyat Sabah kerana mereka kini mempunyai pilihan untuk satu platform politik dan ia adalah di peringkat negeri,” kata satu sumber kepada portal Free Malaysia Today seperti dilaporkan hari ini.

Sumber itu menambah, baki bekas wakil rakyat UMNO Sabah akan menyertai Bersatu pada 6 April ketika pelancaran parti berkenaan di Kota Kinabalu.


UMNO Sabah pada Disember lalu menyaksikan hampir keseluruhan kepimpinannya bertindak meninggalkan parti itu dengan diketuai oleh Hajiji yang ketika itu merupakan Pengerusinya.

Bulan lalu, Dr. Mahathir pula mengumumkan bahawa Bersatu akan melebarkan sayapnya di Sabah tidak lama lagi bagi melengkapkan tiga lagi parti Pakatan Harapan (PH) sedia ada di negeri itu.


Dr. Mahathir berkata, keputusan itu dibuat dengan mengambil kira keperluan rakyat Sabah yang ingin menyertai Bersatu selain Parti Warisan Sabah (Warisan).

Namun, katanya, pihaknya menetapkan syarat penting iaitu pemohon mesti keluar UMNO dan bukan ahli dalam mana-mana parti PH, menjadi ahli bebas dalam tempoh yang lama dan latar belakang pemohon yang akan ditapis terlebih dahulu. - UO




ARTIKEL BERKAITAN : 


Enam 'sampah' Umno Sabah bakal sertai Bersatu Enam 'sampah' Umno Sabah bakal sertai Bersatu Reviewed by Abu Leman Abu Seman on March 14, 2019 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...