Kor Ming mahu Khairy mohon maaf kerana panggil dia Taliban


Tahu pula kau tak suka orang panggil kau Taliban. Kau cop orang Taliban boleh pula. Anat..!

KUALA LUMPUR 28 Mac - Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Nga Kor Ming yang juga pemimpin DAP mahu Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin memohon maaf kepada Parlimen kerana memanggilnya dengan perkataan Taliban semasa mempengerusikan mesyuarat sidang Dewan Rakyat, pagi tadi.



Kor Ming berkata, kelakuan Khairy itu yang dianggap sebagai tidak senonoh, dengan ketara telah mencemarkan imej Dewan Rakyat yang mulia.

"Akibat dari kenyataan Khairy ini, dewan menjadi kecoh dan akhirnya beliau terpaksa menarik balik tuduhan yang tidak senonoh ini.



"Adalah jelas tindakan Khairy telah melanggar peraturan mesyuarat serta merupakan tindakan menghina Majlis Mesyuarat secara terbuka.

"Walaupun beliau kemudian terpaksa akur dengan perintah dan menarik balik tohmahan 'Taliban', tetapi kelakuannya yang tidak senonoh ini dengan ketara telah mencemarkan imej Dewan Rakyat yang mulia," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.



Perkataan itu disebut oleh Khairy apabila ditanya Kor Ming apakah soalan sebenar kepada Menteri Kewangan, Lim Guan Eng setelah Ahli Parlimen UMNO tersebut mahu tahu adakah kerajaan akan meningkatkan pemberian bantuan golongan bujang menjelang Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau.

Khairy semasa sidang Dewan Rakyat itu bagaimanapun telah menarik balik perkataan Taliban itu yang dilihat ditujukan kepada Kor Ming.



Tambah Kor Ming, ia adalah kali pertama dalam sejarah Parlimen terdapat seorang ahli Parlimen berkelakuan biadap memanggil pihak Yang di-Pertua Dewan Rakyat sebagai 'Taliban'.

"Demi membela martabat institusi Parlimen, Khairy wajib memohon maaf segera.



"Kegagalan membuat demikian akan mencerminkan watak beliau sebagai seorang wakil rakyat dan pengundi Rembau harus menegur tingkah laku yang tidak senonoh serta melanggar tata susila ini," katanya. - UO



[ Please subscribe Abu Leman Youtube channel ]



ARTIKEL BERKAITAN:

Kor Ming mahu Khairy mohon maaf kerana panggil dia Taliban Kor Ming mahu Khairy mohon maaf kerana panggil dia Taliban Reviewed by Abu Leman Abu Seman on March 28, 2019 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...