Dinasihatkan elak naik pesawat jenis Boeing 737 Max 8



Sebelum ini pada bulan Oktober 2018, pesawat Lion Air, JT610, Jakarta-Pangkal Pinang telah terhempas selepas 13 minit berlepas (take off) yang mana telah mengorbankan seluruh 189 penumpang dan krew.

Semalam, pesawat Ethiopian Airlines, ET302, Addis Ababa - Nairobi, Kenya terhempas setelah 6 minit berlepas, mengorbankan seluruh 157 penumpang dan krew.


Kedua-duanya menggunakan pesawat baru Boeing 737 Max 8. Kedua-duanya mengalami masalah yang sama berkaitan kecepatan vertikal dan altitud (ketinggian).

Terkini, Pihak Berkuasa Penerbangan Awam China telah memberi arahan kepada semua syarikat penerbangan di China untuk tidak menerbangkan 96 pesawat jenis yang sama. Rujuk di sini.


Orang ramai dinasihatkan untuk tidak menaiki pesawat jenis ini sebagai langkah berjaga-jaga sementara menunggu segala siasatan selesai.

Di rantau Asia Pasifik, syarikat Malindo, Lion dan MAS adalah operator yang paling banyak menggunakan pesawat jenis ini.


Jadi, penumpang yang mahu menggunakan perkhidmatan mereka, boleh dapatkan pengesahan tentang sejauh mana keselamatan sesebuah pesawat yang mereka gunakan untuk membawa anda.

Sampaikan kepada ahli keluarga dan sahabat yang kerap dan bakal menaiki mana-mana penerbangan sebelum sesuatu yang buruk berlaku. - NabiehRahmat/AbuLeman

UPDATE: Malindo Air tidak gunakan Boeing 737 MAX










Dinasihatkan elak naik pesawat jenis Boeing 737 Max 8 Dinasihatkan elak naik pesawat jenis Boeing 737 Max 8 Reviewed by Abu Leman Abu Seman on March 11, 2019 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...