DEWAN KECOH: DAP mahu KERAjaan larang Bossku berkempen



Ahli Parlimen Rasah Cha Kee Chin hari ini telah menipu Dewan Rakyat apabila mendakwa hanya mahu membawakan isu rakyat ketika perbahasannya.

Cha Kee Chin meminta masa tambahan dari Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Datuk Mohd Rashid Hasnon dengan alasan membawa isu rakyat, bukan untuk berpolitik.



Namun setelah diberi masa tambahan, Cha Kee Chin sempat berpolitik dengan meminta agar bekas perdana menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak agar dilarang dari berkempen.

Kenapa takut Najib atau lebih popular dengan gelaran Bossku berkempen?



Sepatutnya KERAjaan Pakatan Harapan kena bekerja keras jika mahu memenangi hati rakyat dengan menunaikan semua janji dan mengembalikan hak-hak rakayt yang telah dirampas sejak mengambil alih pentadbiran negara.

Bukan dengan larang Bossku berkempen. Larang Bossku berkempen tidak menyelesaikan masalah rakyat.



Netizen memberi reaksi pelbagai dengan tindakan Ahli Parlimen Rasah itu. Ada yang berkata tindakan Rasah hanya ingin menumpang populariti bekas perdana menteri itu sahaja.

"Ala Rasah, ucapan kau boring, saja kaitkan dengan Bossku sebab nak tumpang pupulariti la tu. Terima la hakikat rakyat dan benci PH, tambah-tambah lagi DAP. Lagi orang benci." komen Saiful. - AbuLeman




[ Please subscribe Abu Leman Youtube channel ]

DEWAN KECOH: DAP mahu KERAjaan larang Bossku berkempen DEWAN KECOH: DAP mahu KERAjaan larang Bossku berkempen Reviewed by Abu Leman Abu Seman on March 20, 2019 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...