Cybertroopers kecewa tak diberi dedak setelah PH jadi KERAjaan



SEMENYIH – Ironi sekali kerana semalam Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Datuk Seri Mukhriz Mahathir dengan hati terbuka menerima kekalahan parti itu pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Semenyih.

Bagaimanapun, pagi ini kecoh di alam maya antara punca kekalahan calon Pakatan Harapan (PH), Aiman Zailani adalah kerana ‘cybertroopers’ tidak efisyen dan ‘sehebat’ Barisan Nasional (BN).

Melalui pemerhatian MalaysiaGazette sejak pagi tadi, masing-masing dalam kalangan mereka sendiri tuding menuding jari berikutan kekalahan yang langsung tidak disangka-sangka itu.

Seorang penyokong PH yang menggelar dirinya Srikandi Malaya melalui laman sosial Facebook melahirkan rasa tidak puas hati dengan tindakan segelintir pihak yang menyalahkan golongan ‘cybertrooper’ PH sebagai punca kekalahan mereka.


Srikandi dalam nada tidak berpuas hati menyartakan kumpulan penyokong ini sebenarnya membantu secara sukarela namun ia bukan sahaja tidak dihargai, sebaliknya dipersalahkan.

“PH kalah di Semenyih, cytro di persalahkan?? Kami dah mati mampus nk defend kerajaan, defend menteri, defend pegawai menteri, masih kami jugak yang salah?


“Sepatutnya pegawai atasan kena buat kenyataan jelas supaya tak ada salah faham kononnya kami ni cytro yg di lantik dan di bayar! Bila lagi nak defend kami pulak?

“Kami buat keja freelah! Sukarela. Jangan mudah2 tuding jari nk salahkan kami!,” luahnya.


Status itu mendapat ratusan komen, ‘like’ dan perkongsian netizen lain yang rata-ratanya bersetuju dengan luahan Srikandi Malaya.

Dalam status lain lapan jam lepas pula, kata Srikandi Malaya, dirinya serta kawan-kawan seangkatan lain masih ‘sanggup’ bersama PH walaupun makan hati dan Tun Dr Mahathir Mohamad ‘dahulu’.

“Hanya kerana Tun Mahathir saya masih di sini walaupun makan hati. Kami semua hendak Tun yang dulu. Tegas,” luahnya.

Srikandi Malaya turut meluahkan rasa kecewa berikutan fitnah membekalkan beg ‘tiruan’ ketika Perhimpunan Agung Tahunan (PAT) pada Disember lepas.


“Sy tak kisah bl peribadi sy di serang. Dh biasa. Untuk parti dan Tun saya sanggup.

“Tp sy terkesan bl di fitnah supply bag tiruan kepada perwakilan PAT. And the best part is, tak sorang pun pegawai parti yang tampil untuk bersihkan nama saya walaupun mereka tau hakikat sebenarnya.


“Nasib baik saya masih ramai kawan2 maya yang percayakan saya dan sudi bersama2 dengan saya. Terima kasih sahabat,” katanya.

Status ini juga mendapat perhatian daripada Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (ARMADA), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang turut menyatakan sokongan kepada Srikandi Malaya.


“We are with you kak,” katanya ringkas.

Dalam pada itu, Srikandi Malaya juga menempelek cara PH melayan golongan sukarelawan yang melakukan kerja-kerja ‘cybertroopers’ dengan percuma tanpa mendapat perhatian daripada kerajaan.


“Najib yg bodoh2 tu pun spend rm 24 juta utk up kan cytro dia balik. Yg PH dh jd kjaan msh nak cytro buat keja free.

“Eloklah tu. Simpan duit byk2 biar PRU 15 nanti BN menang. Biar disakau semua duit yg korg longgok banyak2 tu!,” ujarnya. – MalaysiaGazette




Cybertroopers kecewa tak diberi dedak setelah PH jadi KERAjaan Cybertroopers kecewa tak diberi dedak setelah PH jadi KERAjaan Reviewed by Abu Leman Abu Seman on March 03, 2019 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...