Video COO Felcra tengking, mahu sebat guna pelepah sawit tular



SATU video memaparkan seorang individu yang dipercayai Ketua Pegawai Operasi (COO) Felcra menengking kakitangan bawahannya tular di media sosial.

Video rakaman tersebut menaikkan kemarahan warganet apabila COO yang dikenali sebagai Khairi Makmur dikatakan baru sahaja dilantik ke jawatan itu empat bulan lalu menengking-nengking kakitangannya tanpa mempedulikan maruah mereka.



Khairi juga dilihat seolah-olah mahu memukul kakitangannya dengan mneggunakan sesuatu yang dipegangnya dipercayai pelepah sawit.

Antara yang meluahkan rasa kecewa dengan kejadian itu bekas Ketua Srikandi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Anina Saadudin yang mengkritik tindakan tersebut yang disifatkan sebagai sesuatu yang tidak wajar.



“Berulang kali saya cakap. Kerajaan yang lahir dari pemberontakan jalanan seperti dilakukan BERSIH selama ini telah melahirkan sebuah kerajaan samseng hari ini.

“Apatah lagi fitnah yang ditabur selama ini telah merosakkan akal pemikiran rakyat hingga lahir pemimpin agensi kerajaan yang berperangai seperti beruk,” katanya.



Inilah hasilnya, fitnah dan keganasan yang selama ini diamalkan untuk menjatuhkan pemimpin terdahulu menghasilkan pemimpin baharu yang lebih teruk.

Menurut sumber, kejadian tersebut berlaku ketika COO itu melawat ladang sawit di Sungai Batu, Pahang.



Di satu video yang lain, COO itu juga dikecam apabila menjadikan kepala seorang kakitangannya sebagai contoh bagi penyediaan tanaman sawit.

COO turut mempersendakan muka dan kepala kakitangannya itu untuk dijadikan bahan lawak di dalam penyampaiannya. – CempedakCheese/AbuLeman






[ Please subscribe Abu Leman Youtube channel ]



Tindakan biadab COO menggunakan kepala kakitangan sebagai model untuk dijadikan contoh penyediaan tanaman

Video COO Felcra tengking, mahu sebat guna pelepah sawit tular Video COO Felcra tengking, mahu sebat guna pelepah sawit tular Reviewed by Abu Leman Abu Seman on March 05, 2019 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...