BN Perak mengadap Sultan Perak bentuk kerajaan negeri



IPOH - Barisan Nasional (BN) Perak mengumumkan telah memiliki bilangan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang mencukupi untuk membentuk kerajaan negeri.

Pengerusi BN negeri, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir berkata, sehubungan itu beliau akan memohon menghadap Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah untuk menyembah maklum kedudukan terkini itu dan perkenan untuk membolehkan kerajaan negeri dibentuk.


Menurutnya, berdasarkan keputusan PRU-14 tidak ada parti memperoleh jumlah kerusi majoriti mudah bagi membolehkan pembentukan kerajaan negeri Perak.

Katanya, BN memperoleh 27 kerusi manakala beberapa parti yang bertanding di bawah PKR 29 kerusi dan Pas tiga kerusi.


"Bagaimanapun suka cita saya ingin memaklumkan bahawa BN telahpun mempunyai jumlah kerusi yang mencukupi bagi membentuk kerajaan negeri Perak.

"Justeru saya akan memohon untuk menghadap Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizuddin Shah bagi menyembah maklum kedudukan terkini dan perkenan untuk membolehkan kerajaan negeri dibentuk," katanya dalam kenyataan, malam tadi.


Kenyataan tersebut dibacakan oleh Pengarah Komunikasi dan Korporat Pejabat Menteri Besar, Nizamuddin Mat Isa.

Terdahulu, Pas Perak memberi petunjuk awal untuk bergabung dengan BN bagi membentuk sebuah kerajaan gabungan di negeri Perak.


Pesuruhjaya Pas Perak, Razman Zakaria berkata semalam, Pas pastinya mahu memilih parti yang boleh memberi kerjasama sepenuhnya dalam memperjuangan Islam demi kesejahteraan ummah.

Gabungan BN-Pas membolehkan kerajaan negeri ditubuhkan dengan majoriti mudah 30 kerusi berbanding Pakatan Harapan 29 kerusi.


Pas menang DUN Selama (Mohd. Akmal Kamarudin), Kubu Gajah  (Khalil Yahaya) dan Gunung Semanggol (Razman Zakaria). - UO

Artikel 11 Mei 2018



ARTIKEL BERKAITAN :
BN Perak mengadap Sultan Perak bentuk kerajaan negeri BN Perak mengadap Sultan Perak bentuk kerajaan negeri Reviewed by Abu Leman Abu Seman on March 13, 2019 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...