BN mendahului setakat pukul 7 petang [Tidak rasmi]



HULU LANGAT 2 Mac - Calon Barisan Nasional (BN), Zakaria Hanafi mendahului calon-calon lain apabila memperoleh sebanyak 9,548 undi setakat pukul 7 petang.

Calon Pakatan Harapan (PH) , Muhammad Aiman Zainali pula mendapat sebanyak 8,764 undi.

Manakala calon Parti Sosialis Malaysia (PSM), Nik Aziz Afiq Abdul mendapat 414 manakala calon Bebas, Kuan Chee Heng memperoleh 362 undi. - UO


7.10pm - Berdasarkan kiraan tidak rasmi, kadar peratusan keluar mengundi orang Melayu lebih tinggi berbanding kaum-kaum lain.

Misalnya, kadar keluar mengundi bagi Pusat Daerah Mengundi (PDM) Kampung Rinching, Kuala Pajam dan Sesapan Batu Rembau - yang mana hampir semua pengundi terdiri daripada orang Melayu - adalah sebanyak 80 peratus.

Di ketiga-tiga PDM ini, undi yang didapatkan calon PH dianggarkan lebih kurang sama dengan keputusan PRU14 lalu tetapi undi yang diperolehi BN meningkat, mungkin disebabkan sokongan akar umbi PAS.





BN mendahului setakat pukul 7 petang [Tidak rasmi] BN mendahului setakat pukul 7 petang [Tidak rasmi] Reviewed by Abu Leman Abu Seman on March 02, 2019 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...