BN mendahului, rampas pusat daerah mengundi PH setakat 7.30 petang



HULU LANGAT 2 Mac - Calon Barisan Nasional (BN), Zakaria Hanafi mendahului keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih apabila sebanyak 16,636 undi setakat pukul 7.30 malam.

Keputusan itu juga selepas 100 peti undi daripada 120 dikira.

Calon Pakatan Harapan (PH) , Muhammad Aiman Zainali pula mendapat sebanyak 14,414 undi.


Manakala calon Parti Sosialis Malaysia (PSM), Nik Aziz Afiq Abdul mendapat 673 manakala calon Bebas, Kuan Chee Heng memperoleh 601 undi.

Keputusan itu menyaksikan Zakaria setakat ini mendahului dengan majoriti 2,222 undi. - UO


7.30pm - Terdapat 24 pusat daerah mengundi (PDM), termasuk pengundi awal, di DUN Semenyih.

Setakat ini, BN berjaya menang di dua PDM yang dimenangi PH pada PRU lalu, iaitu Penjara Kajang dan Beranang.

Menurut kiraan tidak rasmi, BN berpotensi menang di sebelas PDM manakala PH di empat PDM. - MK













BN mendahului, rampas pusat daerah mengundi PH setakat 7.30 petang BN mendahului, rampas pusat daerah mengundi PH setakat 7.30 petang Reviewed by Abu Leman Abu Seman on March 02, 2019 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...