BN menang PRK Semenyih [tidak rasmi]



PRK SEMENYIH | BN berjaya merampas kerusi DUN Semenyih, menurut kiraan Malaysiakini berdasarkan keputusan tak rasmi.

Kemenangan itu adalah pertukaran kerusi yang pertama selepas pilihan raya umum 9 Mei 2018.



Sebelum ini, kesemua pilihan raya kecil selepas pilihan raya umum ke-14 dimenangi parti penyandang.

Ia juga merupakan kemenangan kedua BN dalam enam PRK yang diadakan selepas PRU ke-14.



Setakat 8.20 malam ini, calon BN Zakaria Hanafi mendapat 18,864 iaitu kira-kira 49.98 peratus daripada keseluruhan undi.

Jumlah itu adalah lebih separuh daripada keseluruhan undi, berdasarkan peratusan keluar mengundi 73.3 peratus.



Calon Pakatan Harapan Muhammad Aiman Zainali mendapat 17,350 undi.

Dengan kemenangan ini, BN kini mempunyai lima kerusi DUN di Selangor manakala kerusi PH pula berkurangan kepada 50. - MK








[ Please subscribe Abu Leman Youtube channel ]

BN menang PRK Semenyih [tidak rasmi] BN menang PRK Semenyih [tidak rasmi] Reviewed by Abu Leman Abu Seman on March 02, 2019 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...