AWAS! PH sebar fitnah/penipuan lagi. Ini jawapannya...



Saya diberitahu bahawa PH telah mula menyebarkan propaganda berdasarkan penipuan yang tidak dinamakan sumber melalui WhatsApp - seperti apa yang berlaku sebelum PRU14.

Insya-Allah. Ada netizen yang sudah muak dengan penipuan PH telah menyangkal "data dan fakta" PH.

Saya kongsi di bawah. - Najib Razak


FITNAH/PENIPUAN:
Minyak RON95
BN: RM2.36 pernah capai RM2.80

FAKTA SEBENAR:
Mana pernah sampai RM2.80 di bawah BN? Paling tinggi pun RM2.36. Itu pun untuk satu minggu sahaja.

Sejak 3 tahun lalu ini, RON95 pernah jatuh ke RM1.60 untuk beberapa bulan - misalnya pada bulan Mac 2016. Rujuk di sini.


FITNAH/PENIPUAN:
Minyak RON95
PH: RM1.92 paling tinggi RM2.08.

FAKTA SEBENAR:
Ramai sudah lupa ke, RON95 pada bulan Disember 2018 adalah RM2.20 kerana Guan Eng kenakan cukai petrol 30 sen satu liter. Selepas Najib bongkarkan, Guan Eng terpaksa turunkan menjadi RM1.92 satu liter. Lepas tu naik balik lagi ke RM2.08 sekarang.


FITNAH/PENIPUAN:
Bantuan Khas Pesara
BN: RM250

FAKTA SEBENAR:
Siapa kata hanya RM250? RM500 untuk pesara dan RM1,000 untuk semua penjawat awam. Rujuk di sini.


FITNAH/PENIPUAN:
Bantuan Khas Pesara
PH: RM500.

FAKTA SEBENAR:
RM500 itu adalah Bantuan Khas untuk penjawat awam, bukan untuk pesara. Rujuk di sini.


FITNAH/PENIPUAN:
BRIM
BN: RM1200
PH: RM1480 
* Setiap anak umur 18 tahun ke bawah dapat RM 120

FAKTA SEBENAR:
Di bawah BN, BR1M adalah RM2,000 untuk tahun 2018. Bukan RM1,200. Belum masuk lagi bayaran khas RM1,500 untuk anak penerima BR1M yang layak masuk ke Universiti. Lagipun, PH sudah mansuhkan BR1M untuk orang bujang, BR1M untuk orang yang berpendapatan RM3,000 hingga RM5,000


FITNAH/PENIPUAN:
Biasiswa
BN: 2016-2018 tiada peruntukan

FAKTA SEBENAR:
Ini pun ada orang percaya? Jika tiada biasiswa untuk 3 tahun, sudah tentu kecoh satu Malaysia. Biasiswa itu ada dan pada kadar lebih tinggi dari yang PH beri.

PH: RM3.8 billion untuk tahun 2019.
Potong lagi adalah. Mana ada tambah? MyBrain pun sudah mansuh. Rujuk di sini.


FITNAH/PENIPUAN:
Royalti Minyak
BN: Negeri UMNO sendiri Terengganu tidak dapat royalti minyak.
Apabila MB Terenganu bersuara dalam mesyuarat, dipecat walaupun bertanya ikut saluran.

FAKTA SEBENAR:
Tiap-tiap tahun di bawah BN Terengganu dibayar royalti minyak RM210 juta. Rujuk di sini.


FITNAH/PENIPUAN:
Royalti Minyak
PH: Semua negeri pengeluar minyak dapat royalti penuh.

FAKTA SEBENAR:
Mana pernah PH bayar royalti penuh? 20% royalti minyak sudah bayar ke?


FITNAH/PENIPUAN:
Plan bantuan FELDA
BN: setiap tahun bayaran one-off RM700
PH: RM77juta untuk bayaran one-off, khairat kematian & elaun sara hidup bagi peneroka yang ladang sedang penanaman semula.

FAKTA SEBENAR:
Isu FELDA ini tak bayar PH tipu lagi. Peneroka-peneroka yang kini menderita tahu siapa yang lebih baik. Semua rindu zaman BN. Yang RM77 juta itu nak bahagi 120,000 peneroka dapat berapa untuk elaun hidup? RM600 setahun?


FITNAH/PENIPUAN:
Tol
BN: 5 tahun naik 2 kali (PRU 2013 janji nak mansuh tol dalam bandar)

FAKTA SEBENAR:
Tol hanya naik sekali sahaja dalam tempoh 9 tahun Najib jadi PM iaitu pada tahun 2016 sahaja. Itupun tol pihak swasta. Semua tol di bawah Lebuhraya PLUS tak pernah naik selama 9 tahun Najib jadi PM.

Banyak tol telah dimansuhkan di bawah Najib. Empat tol sahaja pada akhir tahun 2017 iaitu tol Batu Tiga, Tol EDL Johor, Bukit Kayu Hitam dan Batu Tiga dan tol Sungai Rasau. BN pun tak pernah janji manushkan semua tol dalam bandar.


FITNAH/PENIPUAN:
Tol
PH: Diskaun 30% pada waktu puncak, percuma waktu 11pm-5am.
Masih dalam rundingan dengan syarikat pemegang konsensi

FAKTA SEBENAR:
Janji nak mansuhkan semua tol. Kini mahu bagi diskaun tengah malam. Itupun belum buat lagi sudah mahu claim? Tak malu ke?


FITNAH/PENIPUAN:
Peruntukan sekolah daif
BN: Pembantu Rosmah seleweng RM4 billion dana projek solar sekolah daif Sarawak.

FAKTA SEBENAR:
Projek solar sekolah Sarawak mana ada sampai RM4 bilion? Itupun RM1 bilion bagi buat solar untuk setiap sekolah termasuk kos membekal diesel, genset dan penyelenggaraan untuk 380 sekolah tiap-tiap bulan untuk 5 tahun. Pembantu Rosmah didakwa terima RM5 juta dari pengendali projek. Mana datang songlap RM4 bilion itu?


FITNAH/PENIPUAN:
Peruntukan sekolah daif
PH: RM1 billion untuk baik pulih sekolah daif di Sarawak, peruntukan terus kepada kerajaan negeri Sarawak.

FAKTA SEBENAR:
Ini lagi kelakar. RM1 bilion itu sebenarnya sudah diperuntukkan dalam Bajet 2018 BN. Tetapi, PH tak mahu bayar. PH hanya bayar selepas kerajaan Sarawak pinjam RM1 bilion kepada PH untuk PH bagi balik kepada Sarawak. Rujuk di sini.


FITNAH/PENIPUAN:
Kos projek Mega
BN: ECRL: RM71 billion
MRT3: RM31 billion
MRT2: RM39 billion

FAKTA SEBENAR:
ECRL: Kos sebenar bawah BN RM55 bilion. Di mana datang RM71 bilion.


FITNAH/PENIPUAN:
Kos projek Mega
PH: ECRL: RM40 bilion
MRT3: RM15 bilion
MRT2: RM30 bilion

FAKTA SEBENAR:
ECRL: Sudah buat ke? Skop apa telah potong?Belum buat jangan claim
MRT3: PH sudah mansuhkan MRT3 lah.. Apa kebodohan ini?
MRT2: Ini kerana banyak stesen sudah dihentikan dan saiz stesen sudah diperkecilkan. Ini bukan penurunan harga tetapi penurunan skop projek. Next time bila nak perbesarkan dan tambah balik stesen akan jadi lebih mahal.

PROPAGANDA MENIPU PH masih diteruskan?

Sudah menang dengan fitnah. Selepas menang masih mahu tipu dan fitnah rakyat?




AWAS! PH sebar fitnah/penipuan lagi. Ini jawapannya... AWAS! PH sebar fitnah/penipuan lagi. Ini jawapannya... Reviewed by Abu Leman Abu Seman on March 27, 2019 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...