KANTOI: Anwar tak pernah jual rumah Segambut seperti didakwa



Ahli Parlimen Port Dickson Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini telah mengisytiharkan hartanya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebanyak RM10.47 juta, rujuk gambar 1.

Di antara harta yang diisytiharkan termasuklah rumah miliknya di Segambut yang juga dikenali sebagai 'Istana Segambut' yang dinilaikan sebanyak RM9.5 juta, rujuk gambar 2.



Tetapi sebelum ini, demi meraih simpati pengundi sewaktu Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson, Anwar telah mengumumkan bahawa beliau terpaksa menggadaikan Istana Segambut bagi mendapatkan dana untuk Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), rujuk gambar 3.

Persoalannya, jika rumah tersebut telah digadai, bukankah sepatutnya ia tidak dimasukkan sekali di dalam pengisytiharan harta kepada SPRM?



Jika Istana Segambut itu telah ditebus kembali, persoalan seterusnya yang timbul, bagaimana Anwar mendapatkan RM9.5 juta hanya dalam masa empat 4 bulan untuk menebus semula rumah tersebut?

Carian oleh seorang blogger Hussein Abdul Hamid mendapati Istana Segambut tidak pernah digadai dan tidak ada bukti pindah hak milik jika digadai seperti yang didakwa oleh Anwar, rujuk gambar 4, 5 dan 6.



Adakah Anwar telah mengencing para wartawan, pengundi Port Dickson dan juga SPRM?

Well, siapa sahaja yang tidak pernah kena kencing dengan Anwar? Kan..? – Seademon/AbuLeman



Gambar 1 - Anwar isytihar harta sebanyak RM10.74 juta



Gambar 2 - Anwar memasukkan rumahnya yang juga dikenali sebagai Istana Segambut sebagai harta yang diisytiharkan



Gambar 3 - Anwar dan Wan Azizah mendakwa menjual rumah di Segambut untuk mendapatkan dana PRU14

Gambar 4 - Dokumen yang membuktikan rumah milik Anwar di Segambut tidak pernah ditukar hak milik



Gambar 5 - Dokumen yang membuktikan rumah milik Anwar di Segambut tidak pernah ditukar hak milik
Gambar 6 - Dokumen yang membuktikan rumah milik Anwar di Segambut tidak pernah ditukar hak milik

KANTOI: Anwar tak pernah jual rumah Segambut seperti didakwa KANTOI: Anwar tak pernah jual rumah Segambut seperti didakwa Reviewed by Abu Leman Abu Seman on March 08, 2019 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...