Anwar sound Azmin, jangan kacau Izzah, fokus pulih ekonomi negara



KUALA LUMPUR: Presiden PKR, Anwar Ibrahim hari ini menasihatkan Timbalannya, Azmin Ali bertenang dan menumpukan perhatian untuk menangani isu di peringkat pusat, bukannya sibuk mengkritik anaknya, Nurul Izzah.

Beliau berharap kenyataannya dapat meredakan keadaan kerana paling penting ialah masing-masing menjalankan tugas sendiri untuk memulihkan ekonomi negara.


“Saya harap dengan penjelasan ini redalah. Masing-masing ada tugas besar bangunkan ekonomi rakyat, sibuk hal ini buat apa?” soalnya di lobi Parlimen.

Semalam, Azmin dilihat seperti membidas Nurul Izzah di Twitter dengan berkata, Malaysia memerlukan pelaksana yang sanggup mengharungi keadaan sukar, bukannya budak kecil yang merengek.


Ia selepas ahli Parlimen Permatang Pauh itu memberi gambaran ini adalah penggal terakhirnya menjadi wakil rakyat.

Nurul Izzah dalam temubual dengan akhbar Singapura, Straits Times turut menyuarakan kekecewaannya terhadap perkembangan politik negara selepas pilihan raya umum tahun lalu, selain tidak berpuas hati dengan kekurangan naratif jelas mengenai usaha memperkuatkan aliran pertengahan dan penyertaan bekas ahli Parlimen Umno dalam Pakatan Harapan.


Katanya, tidak mudah bekerja dengan “bekas diktator” yang menjadi punca berlakunya begitu banyak kerosakan, “bukan sahaja kehidupan kami, tetapi juga sistem”.

Minggu lalu, Nurul Izzah meletak jawatan sebagai ahli Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara kerana tidak berpuas hati dengan keputusan Dr Mahathir Mohamad membenarkan Ahli Parlimen Beluran, Ronald Kiandee terus mengetuai jawatankuasa itu selepas menyertai PPBM, 15 Mac lalu. - FMT



ARTIKEL BERKAITAN:
Anwar sound Azmin, jangan kacau Izzah, fokus pulih ekonomi negara Anwar sound Azmin, jangan kacau Izzah, fokus pulih ekonomi negara Reviewed by Abu Leman Abu Seman on March 26, 2019 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...