Anwar cadang pengampunan banduan Al-Maunah



KUALA LUMPUR 11 Mac - Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan memaklumkan kepada Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengenai cadangan pengampunan terhadap banduan Al-Maunah yang sedang menjalani hukuman penjara sepanjang hayat di Penjara Kajang, dekat sini.

Anwar berkata, beliau sendiri pernah mengikuti perkembangan kes tersebut walaupun sudah 19 tahun berlalu.


Beliau berkata, mana-mana banduan perlu melalui proses pengampunan oleh Yang di-Pertuan Agong kerana bukan berada di bawah bidang kuasanya yang hanya memegang jawatan sebagai ahli Parlimen.

"Saya Insya-Allah akan membawa perkara ini kepada pertimbangan dan pengetahuan Menteri Dalam Negeri. Jadi, saya harap (pengampunan) dapat dipertimbangkan oleh KDN (Kementerian Dalam Negeri) dan perlu melalui proses kerana bukan berada di bawah bidang kuasa saya," katanya.


Beliau berkata demikian selepas membuat pengumuman calon PKR di Ibu pejabat PKR di Merchant Square, di sini hari ini.

Yang turut hadir ialah Naib Presiden PKR, Shamsul Iskandar Md. Akin dan Pengerusi PH Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun.


Beliau menjawab soalan pemberita sama ada pengampunan boleh diberikan kepada banduan yang menjalani hukuman sepanjang hayat di negara ini.

Dalam kes Al-Maunah yang berlaku pada Julai 2000 di Bukit Jenalik, Sauk, Perak itu, mahkamah telah menjatuhkan hukuman penjara sepanjang hayat terhadap 16 anggota kumpulan itu manakala tiga anggotanya telah dihukum gantung sampai mati. - UO

Anwar cadang pengampunan banduan Al-Maunah Anwar cadang pengampunan banduan Al-Maunah Reviewed by Abu Leman Abu Seman on March 12, 2019 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...