Ahli Parlimen Sandakan (DAP) meninggal dunia



KUALA LUMPUR 28 Mac - Ahli Parlimen Sandakan, Datuk Stephen Wong Tien Fatt meninggal dunia akibat serangan jantung pada pagi ini.


Perkara itu dimaklumkan oleh Ahli Parlimen Bandar Kuching, Dr. Kelvin Yii menerusi laman Facebook beliau sebentar tadi.


“Saya baru sahaja menerima berita sedih kematian ahli Parlimen Sandakan yang juga merupakan Pengerusi DAP Sabah pada pagi ini akibat serangan jantung secara tiba-tiba.


“Kami menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga mendiang dan semoga tuhan memberi rahmat keberkatan kepada mereka untuk melalui masa yang sukar ini,” katanya. - UO

Ahli Parlimen Sandakan (DAP) meninggal dunia Ahli Parlimen Sandakan (DAP) meninggal dunia Reviewed by Abu Leman Abu Seman on March 28, 2019 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...