68 peratus keluar mengundi setakat 4 petang



HULU LANGAT 2 Mac - Sebanyak 68 peratus daripada 53,411 pengundi berdaftar dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih, hari ini telah keluar mengundi setakat pukul 4 petang tadi.

Maklumat itu dikeluarkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).


Sebelum ini Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menyasarkan awal sebanyak 70 peratus dapat dicapai. 

Sehubungan itu, Pengerusi SPR, Azhar Azizan Harun menyeru supaya semua pengundi berdaftar dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih untuk keluar beramai-ramai menjalankan tanggungjawab masing-masing.


Azhar Azizan juga berharap semua parti-parti yang bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) untuk terus menggalakkan penyokong mereka keluar mengundi. 

"Setakat ini proses pengundian berjalan lancar. Pagi tadi pun saya lihat ramai yang sudah keluar mengundi dan waktu menunggu pun hanya kira-kira 20 hingga 30 minit sahaja.


"Jika kita lihat PRK sebelum ini, trend pengundian memang seperti ini. Namun begitu, masih ada masa lagi dan kita tengok perkembangannya nanti. 

"Semasa PRK Parlimen Cameron Highlands pun kita dapat sehingga 68.9 peratus keluar mengundi. Jadi, saya harap kali ini dapat mencapai sekurang-kurangnya 70 peratus," katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan ke Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Rinching, di sini hari ini. - UO

68 peratus keluar mengundi setakat 4 petang 68 peratus keluar mengundi setakat 4 petang Reviewed by Abu Leman Abu Seman on March 02, 2019 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...