40 terbunuh serangan pengganas di masjid New Zealand



Update: Video tidak dikongsikan atas arahan SKMM

Christchurch (New Zealand): Penyerang bersenjata yang melepaskan tembakan rambang di sebuah masjid di bandar ini ketika jemaah sedang bersolat Jumaat dan membunuh beberapa mangsa dipercayai turut menyiarkan secara langsung serangan itu di media sosial.

Satu akaun twitter dengan nama Jack Dawkins menyiarkan video yang memaparkan seorang lelaki menggunakan senjata automatik melepaskan tembakan dalam sebuah masjid.



Video itu turut tertera “amaran rakaman sensitif “ dan tanda pagar Christchurch.

Sementara itu, pihak berkuasa New Zealand melaporkan sekurang-kurangnya enam orang dilaporkan maut dan berpuluh-puluh lagi cedera dalam satu kejadian tembakan rambang di Masjid al Noor itu.



Ketika kejadian masjid itu penuh dengan jemaah termasuk anggota pasukan kriket Bangladesh tetapi semua pemain pasukan itu tidak cedera.

Polis dilaporkan mengepung bandar itu bagi mengesan suspek lelaki berpakaian celoreng dan bersenjatakan raifal automatik.



The Guardian melaporkan, sebuah kereta jenis Subaru yang dipercayai mengandungi bom merempuh sebuah lagi masjid. - HM



Seramai 40 jemaah terbunuh dan lebih 20 lagi cedera dalam kejadian serangan di dua buah masjid di bandar ini ketika solat Jumaat hari ini, kata Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Ardern.



Penyerang bersenjatakan raifal automatik menyerbu dua buah masjid yang penuh dengan jemaah sebelum melepaskan tembakan rambang.

Lelaki warga Australia berusia 28 tahun yang menggunakan nama Brenton Tarrant di Twitter turut menyiarkan serangan itu secara langsung di media sosial.



Polis Australia mengesahkan empat orang ditangkap kerana disyaki terbabit dalam serangan itu. - HM



































40 terbunuh serangan pengganas di masjid New Zealand 40 terbunuh serangan pengganas di masjid New Zealand Reviewed by Abu Leman Abu Seman on March 15, 2019 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...