40 pemandu lori Felda tak terima gaji 5 bulan



PH kata Melayu malas.

Tapi Melayu dan anak-anak Malaysia siang malam bekerja.

Tetapi inilah balasannya. Gaji 5 bulan tertunggak.


Gaji Lim Guan Eng sebulan? RM86,464.92.

Gaji Azmin Ali sebulan? RM69,186.48.

Gaji Teresa Kok sebulan? RM68,142.66


Sedap mereka ambil gaji tapi mereka berhutang pula dengan pemandu lori.

Keluarga-keluarga B40 hidup semakin sengsara dengan kos sara hidup yang melambung.


Baru seminggu dua lalu kita dengar pengawal keselamatan sekolah hilang kerja, yang ada kerja pendapatan berkurangan 50 peratus.

Amat menyedihkan melihat keadaan negara kita hari ini. Berkecai semua yang telah kami bina. – Najib Razak




KLUANG - Kira-kira 40 pemandu lori daripada lima kontraktor di Felda Kahang Barat, di sini, menuntut penjelasan daripada Felda dan anak syarikatnya, Felda Technoplant Sdn Bhd (FTP) selepas bayaran gaji bagi hasil upah tambang dan angkut buah tertunggak lebih lima bulan.

Seorang pemandu lori yang juga anak peneroka di kawasan itu, Mohd Noorul Alam Kasbun, 54, berkata, dia yang bekerja di bawah seliaan Koperasi Peneroka Felda Kahang Barat mengakui masalah tersebut menyebabkan semangatnya bersama rakan-rakan yang lain untuk bekerja terganggu.


"Sekarang hendak bekerja pun dah tak ada semangat sebab hampir lima bulan kami tak dapat gaji... seolah-olah selama ini kami kerja percuma saja dan bertambah teruk, hampir kesemua pemandu lori yang terlibat kini hadapi masalah kewangan.

"Hanya ini saja sumber pendapatan kami dan kadang-kadang terpaksa tebalkan muka buat pinjaman dengan majikan semata-mata nak beli barangan dapur serta keperluan harian dan kalau tak ada gaji, macam mana kami nak sara keluarga?," katanya.


Menurutnya, pada kebiasaannya mereka menerima gaji sekitar awal bulan iaitu pada 7 atau 8 hari bulan setiap bulan selain mengakui bayaran tertangguh pada kali ini lebih teruk berbanding sebelumnya.

Katanya, jika bayaran gaji dia bersama rakan-rakannya masih lagi tertangguh, dia akan mencari kerja lain termasuk melakukan kerja-kerja kampung bagi menyara isteri dan enam anaknya yang masih bersekolah.


Pada masa sama, kontraktor Muhamad Azreen Abdul Rahim, 35, berkata, masalah berkenaan menyebabkan dia dan pekerjanya tidak dapat mengangkut buah sawit dari ladang ke kawasan kilang disebabkan ada di antara pemandu yang kehabisan minyak ekoran tidak mempunyai sumber kewangan lain.

Dia mendakwa isu terbabit timbul apabila Felda tidak dapat membayar kepada FTP termasuk pihak koperasi dan syarikat di Felda Kahang Barat, di sini, dan perkara ini juga turut merugikan peneroka kerana buah sawit yang perlu dikutip juga tidak dapat diangkut.


"Saya perlu bayar gaji 16 pekerja termasuk pemotong buah dan pemandu lori, setiap bulan saya perlukan kos operasi kira-kira RM30,000 untuk gaji pekerja, minyak dan servis lori dan apabila keadaan ini berlaku, saya terpaksa guna duit sendiri.

"Ada yang terima bayaran tapi hanya separuh saja, jadi ini timbulkan masalah kepada kami dan ada pemandu yang lori mereka rosak dan tidak dapat dibaiki ekoran bayaran gaji tak masuk dan saya harap masalah ini dapat diselesaikan segera," katanya.


Sementara itu, Pengurus FTP Felda Kahang Barat, Mohd Faizal Mustafa berkata, pada bulan Februari lalu, pihaknya hanya menerima bayaran sebanyak RM90,000 daripada ibu pejabat Felda dan jumlah tersebut tidak mencukupi untuk membayar keseluruhan kos operasi kepada lima kontraktor sebanyak kira-kira RM450,000.

Katanya, beliau mengakui masalah ini turut menyebabkan kos pentadbiran FTP di kawasan tersebut terganggu apabila ada beberapa pemandu lori yang enggan mengambil hasil sawit peneroka selain kerja-kerja pengurusan ladang termasuk membaja turut mengalami masalah.


"Saya juga faham setiap mereka yang terlibat ini mempunyai komitmen sendiri dan saya sendiri berharap masalah ini dapat diselesaikan segera kerana saya tidak mahu masalah ini berlarutan sehingga menyukarkan pelbagai pihak," katanya. - SH

40 pemandu lori Felda tak terima gaji 5 bulan 40 pemandu lori Felda tak terima gaji 5 bulan Reviewed by Abu Leman Abu Seman on March 05, 2019 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...