'Wakil rakyat pembangkang kena tunggu luar pejabat MB' – Muhyiddin


Wakil rakyat pembangkang kena tunggu luar pejabat, wakil rakyat PH boleh masuk dalam pejabat. Ini bukan sifat pemimpin yang terpuji. Inikah Malasyia baru..?

Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Muhyiddin Yassin menyeru penduduk Orang Asli di Semenyih untuk memilih calon Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Sabtu ini agar masalah yang dihadapi komuniti berkenaan dapat diselesaikan "dalam masa yang tidak terlalu lama". 

Jelas Muhyiddin, sekiranya Muhammad Aiman Zainali menang dalam PRK itu dan menjadi wakil rakyat Semenyih, dia akan lebih mudah berurusan dengan kerajaan negeri Selangor yang diperintah PH.


“[...] Segala isu yang ada hubung kait dengan masalah penduduk sini yang diberitahu kepada saya tadi, ini menjadi kewajipan kepada wakil yang tuan-tuan akan pilih nanti.

“Yang saya harap ialah saudara Aiman (dipilih) untuk membawa masalah itu untuk diselesaikan supaya keadaan penduduk di sini akan bertambah baik, dan isu yang dihadapi dapat diselesaikan dalam satu masa yang tak terlalu lama,” katanya.




Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Sembang Santai bersama masyarakat Orang Asli Kampung Sungai Lalang Baru di pusat daerah mengundi (PDM) Hulu Semenyih hari ini. 

Tambah Muhyiddin, jika wakil rakyat daripada parti pembangkang dipilih, keutamaan yang diberikan oleh kerajaan negeri pastilah tidak serupa seperti yang diberikan kepada wakil rakyat dari parti pemerintah.




“Jika pergi jumpa menteri besar (untuk selesaikan masalah), menteri besar tengok wakil rakyat pembangkang, dia akan kena minta tunggu dulu di luar, (berbeza) kalau dipilih calon kita, dia suruh masuk dulu, bukan?

“Bukan maknanya tak layan semua wakil rakyat, tapi mesti ada pertimbangan berdasarkan kepada mereka ni datang daripada parti yang sama. Sebab itu elok pilih orang yang datang daripada parti yang sama, daripada parti PH,” katanya di hadapan kira-kira 50 Orang Asli serta tiga Tok Batin.




Sementara itu, mengulas kritikan yang menganggap Muhammad Aiman Zainali sebagai terlalu muda, Muhyiddin berkata Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman juga berdepan kritikan yang sama ketika diletakkan untuk bertanding di Muar pada PRU-14 lalu.

“ Tapi bila dia (Syed Saddiq) turun (berkempen), orang muda dan orang tua pun tengok muka dia handsome, semua suka dia. Bila bertanding menang,” katanya lagi.




Tambah Muhyiddin, yang lebih penting berbanding usia ialah kemampuan calon untuk melaksanakan amanah dan tugas bagi menyelesaikan masalah rakyat.

“Ada calon bebas bertanding, umur 25 tahun tapi orang tak bangkitkan (sebagai isu) pun?




“Tapi kerana hebatnya calon kita semua orang hentam dia, tak pandai bercakaplah, muka herotlah, tak handsomelah. 

"Cuba tuan-tuan tengok dekat-dekat, saya lagi handsome daripada dia. Tok batin (pun) lagi handsome,” katanya lagi disambut ketawa hadirin. - MK



'Wakil rakyat pembangkang kena tunggu luar pejabat MB' – Muhyiddin 'Wakil rakyat pembangkang kena tunggu luar pejabat MB' – Muhyiddin Reviewed by Abu Leman Abu Seman on February 24, 2019 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...