HINA NABI: Wai Foo Sing ditahan di Penjara Sungai Buloh



KUALA LUMPUR 27 Feb. - Lelaki warga emas yang didakwa atas pertuduhan mengina Rasulullah, Nabi Muhammad SAW dan isteri baginda, Saiditina Aishah terpaksa bermalam di Penjara Sungai Buloh malam ini.

Ia berikutan kegagalan penjamin lelaki itu, Wai Foo Sing, 68, membayar jamin sebanyak RM20,000 sebagaimana yang ditetapkan oleh Mahkamah Sesyen di sini pagi tadi.


Foo Sing perlu bermalam di penjara sehingga sehingga jumlah ikat jamin tersebut diselesaikan.

Terdahulu, warga emas itu tidak mengaku bersalah atas pertuduhan didakwa memuat naik karikatur yang dikatakan menghina Nabi Muhammad SAW dan isteri baginda di Facebook miliknya atas nama Foo Sing Wai, pada 5 petang, 17 Februari lalu.


Bagi perbuatan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 298 A(1)(a) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum lima tahun.

Dia juga didakwa atas pertuduhan, memulakan penghantaran komunikasi jelik dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain pada masa dan tarikh yang sama.


Bagi pertuduhan ini, Timbalan Pendakwa Raya Muhamad Asyraf Md. Kamal mengemukakan dakwaan mengikut mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang membawa hukuman denda RM50,000 atau penjara setahun.

Hakim M. M. Edwin Paramjothy menetapkan ikat jamin RM20,000 dengan seorang penjamin bagi kedua-dua pertuduhan.

HINA NABI: Wai Foo Sing ditahan di Penjara Sungai Buloh HINA NABI: Wai Foo Sing ditahan di Penjara Sungai Buloh Reviewed by Abu Leman Abu Seman on February 27, 2019 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...