VIRAL: Ustaz Ahmad Husam live bersama Najib Razak



Sebelum ini anak kepada bekas Mufti Kedah, Ustaz Ahmad Husam Baderudin pernah membuat hantaran di facebook miliknya memohon maaf kepada bekas perdana menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak kerana pernah mempercayai fitnah terhadap beliau.

Ustaz Husam juga mengaku pernah memfitnah dan menghasut agar rakyat menjatuhkan bekas Presiden Umno itu sehingga akhirnya beliau benar-benar jatuh apabila kalah di Pilihan Raya Umum ke-14 sebelum ini.

Ustaz Husam menyatakan kekesalannya kerana kini beliau dan majoriti rakyat Malaysia telah sedar mereka tertipu dan termakan dengan fitnah dan hasutan Pakatan Harapan (PH).

ARTIKEL BERKAITAN : 'Maafkan saya Datuk Seri Najib' – Anak Mufti Kedah

Ustaz Husam juga menyatakan keinginan beliau untuk berjumpa dengan Najib Razak untuk meminta maaf kepadanya secara berhadapan dengan kesilapannya dahulu.

Hari ini impiannya menjadi kenyataan apabila Datuk Seri Najib sudi berjumpa dan meluangkan masa bersama Ustaz Husam untuk berbual dan sedia menerima permohonan maafnya.

Bukan itu sahaja, Datuk Seri Najib juga sudi dan bersedia untuk memaafkan rakyat di luar sana yang ingin meminta maaf tetapi tidak berkesempatan atau tidak berpeluang berjumpa Datuk Seri.

Tonton video untuk mengetahui lebih lanjut.


[ Please subscribe Abu Leman Youtube channel ]








VIRAL: Ustaz Ahmad Husam live bersama Najib Razak VIRAL: Ustaz Ahmad Husam live bersama Najib Razak Reviewed by Abu Leman Abu Seman on February 03, 2019 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...