Video Ustaz Azhar Idrus sebut 'Malu Apa Bossku' tular



Satu video rakaman ceramah Ustaz Azhar Idrus mengulas perihal isteri mula tular di media sosial.

Ustaz Azhar yang memang terkenal dengan ceramahnya yang mencuit hati sentiasa menyelitkan kisah-kisah dan sentuhan yang lucu dalam setiap syarahannya.

Setiap tajuk yang dibawa akan diselitkan dengan kisah-kisah yang lucu namun memberi pengajaran kepada semua.

Kali ini Ustaz Azhar yang berasal dari Terengganu itu menyentuh tentang perihal isteri. Tetapi istimewanya kali ini beliau selitkan dengan 'tagline' Malu Apa Bossku yang dipopularkan oleh bekas perdana menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak.



Di dalam video rakaman itu Ustaz Azhar Idrus menyentuh perihal wanita dalam hal berbelanja yang kadang-kala akan memeningkan kaum suami.

"Kalau semua benda di nak pergi kedai nak pergi shopping, botak kepala kita.

"Hok ada rambut ni botak, hok yang botak lagi la.. Malu apa bossku.." katanya dengan diiringi gelak tawa para hadirin.

Di satu babak yang lain Ustaz Azhar mengaitkan lagi sekali 'tagline ' yang sama apabila menyentuh perihal suami yang terhimpit dengan masalah kewangan yang ditambah lagi dengan ketiadaan BR1M yang telah ditarik oleh KERAjaan Pakatan Harapan (PH).



"Dia tak merasa kepenatan mencari wang. Betul tak?

"Mu bagi dia troli abis la.. tengok.. dia masuk, semua masuk (troli)..

"Sekali masuk tu, sekali jantung berhenti.

"Duit sikit. Bukan banyak sekarang. BR1M tadak. Tunggu Bossku la, naik balik.." katanya lagi dengan cara yang menghiburkan.



Nampaknya tagline malu apa bossku benar-benar telah menjadi fenomena sehingga ustaz yang ternama juga menggunakannya di dalam ceramah.

Bahkan Ustaz Azhar juga sehingga menyebut 'tunggu Datuk Seri Najib naik semula' jika mahu BR1M dilaksanakan semula kepada rakyat Malaysia. - AbuLeman


[ Please subscribe Abu Leman Youtube channel ]

Video Ustaz Azhar Idrus sebut 'Malu Apa Bossku' tular Video Ustaz Azhar Idrus sebut 'Malu Apa Bossku' tular Reviewed by Abu Leman Abu Seman on February 10, 2019 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...