Video Najib di Semenyih raih setengah juta tontonan dalam masa 3 jam



Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menyifatkan bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak lebih layak digelar “pencuriku” berbanding “bossku”.

Azmin turut mencabar Najib supaya berkempen pada pilihan raya kecil (PRK) Semenyih seperti yang dilakukannya di Cameron Highlands.

“Baru sekarang tunggang motosikal, makan roti canai, pakai kain sarong, walaupun salah dan naik teksi. Cara ini mungkin berjaya di Cameron Highlands, saya nak tengok dia buat di Semenyih,” katanya.



“Orang Melayu di Semenyih tidak sama seperti Cameron Highlands. Mereka bukan Melayu pekan. Sebab itu, saya nak tengok 'bossku' datang ke tidak.”

Tanpa menjawab atau menyambut cabaran Azmin, malam tadi bekas perdana menteri itu meluangkan masa ke Tesco Semenyih untuk membeli air dan sedikit barang dapur.

Kehadiran Najib disambut meriah sehingga penuh di setiap pelusuk pusat membeli belah itu. Jeritan “bossku” dan “malu apa bossku” bersahut-sahutan selama lebih 30 minit dari apa yang boleh ditonton di dalam video live.



Pengunjung berpusu-pusu mendekati Ahli Parlimen Pekan itu untuk bertegur sapa, bersalaman dan sudah pasti untuk berselfi, amalan yang kini menjadi trend di setiap lapisan masyarakat.

Adakah fenomena yang melanda Najib ini sudah menjawab cabaran Menteri Hal Ehwal Ekonomi Dato` Seri Mohamed Azmin Ali itu? Dan selepas itu Najib sekadar menjawab “saya hanya mencuri hati rakyat”.

Jawapan yang padu tanpa perlu menghasut rakyat memfitnah atau turun berdemo menjatuhkan kerajaan di jalanan.



Sementara itu, video live rakaman Najib berkunjung ke Tesco Semenyih itu kini sudah mencecah setengah juta hanya dalam masa 3 jam.

Ketika artikel ini ditulis, video itu telah pun meraih 42,000 like dan 7,141 share. - AbuLeman

ARTIKEL BERKAITAN:

TERKINI: Najib disambut seperti wira negara di Semenyih

Saya pencuri hati rakyat, Najib jawab Azmin





[ Please subscribe Abu Leman Youtube channel ]






















Video Najib di Semenyih raih setengah juta tontonan dalam masa 3 jam Video Najib di Semenyih raih setengah juta tontonan dalam masa 3 jam Reviewed by Abu Leman Abu Seman on February 14, 2019 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...