Uncle Kentang akan bertanding di PRK Semenyih



AKTIVIS masyarakat, Kuan Chee Heng mengesahkan akan bertanding sebagai calon Bebas pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Semenyih 2 Mac ini.

Dia yang lebih dikenali sebagai Uncle Kentang berkata, akan menggunakan lambang telefon untuk menentang dua calon daripada Pakatan Harapan dan Barisan Nasional (BN).

“Hasrat saya bertanding bukan kerana mempunyai reputasi yang baik dengan orang susah, tetapi untuk menjadi kuasa pendesak kepada dua calon lain daripada PH dan BN melakukan apa yang sepatutnya mereka buat.

“Saya memperjuangkan kemenangan untuk rakyat Semenyih dan tidak perlu bergantung kepada kerajaan mahupun pembangkang untuk membantu mereka, " katanya ditemui pada majlis rumah terbuka Tahun Baru Cina di rumahnya di Puchong hari ini.

PRK DUN Semenyih diadakan susulan kematian penyandangnya daripada Pakatan Harapan (PH), Bakhtiar Mohd Nor, 57, akibat serangan jantung pada 11 Januari lalu.

Hari penamaan calon ditetapkan 16 Februari ini, manakala tarikh pengundian awal pada 26 Februari. - HM
Uncle Kentang akan bertanding di PRK Semenyih Uncle Kentang akan bertanding di PRK Semenyih Reviewed by Abu Leman Abu Seman on February 05, 2019 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...