Tok Batin dipaksa baca teks puji Pakatan Harapan



Semakin terdesak PH ini.

Dah main paksa-paksa orang puji mereka.

Saya dengar Tok Batin Aleh di kiri saya ini telah diberi skrip untuk baca di majlis PH.

Apa lagilah perangai PH lepas ini.


Tok Batin Zainal dan Tok Batin Aleh, terima kasih kerana hadir bersama di majlis kami semalam.

Yang kita mahukan ialah keikhlasan dan luahan hati sebenar oleh rakyat.

Hidup rakyat! – Najib Razak




HULU LANGAT 25 Feb. - Seperti dipaksa. Tok Batin Kampung Sungai Lalang Baru menzahirkan rasa kekecewaannya kerana mendakwa 'dipaksa' membaca teks ucapan yang memuji-muji Pakatan Harapan (PH) dalam satu majlis di sini petang semalam.

Majlis berkenaan adalah Sembang Santai Bersama Timbalan Presiden PH, Tan Sri Muhyiddin Yassin.


Aleh Abdullah, 53, memberitahu, teks tulisan tangan itu disediakan pihak lain yang dipercayai diberikan bekas pegawai Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa).

"Saya tak tahu nak kata apa. Ada benda yang saya nak cakap dalam ucapan tadi. Apabila diberi teks, saya rasa tidak gembira, gugup." katanya kepada pemberita selepas majlis sembang santai berkenaan tamat.


Apabila ditanya apa pendiriannya terhadap parti itu, Aleh berkata, segala-galanya akan diterjemahkan dalam kertas undi 2 Mac nanti.

Muhyiddin ketiak ditemui pemberita menjelaskan, PH tidak memaksa tok batin berkenaan untuk membaca teks ucapan yang disediakan kepadanya.


Muhyiddin berkata, Aleh berhak untuk tidak membaca teks tersebut.

Jakoa dalam satu kenyataan juga turut menegaskan agensi itu tidak terlibat atau memaksa pemimpin Orang Asli itu membaca teks ucapan tersebut.


Ketua Pengarahnya, Datuk Ajis Sitin berkata, pihaknya tidak terlibat langsung dalam kempen PH. - UO

Tok Batin dipaksa baca teks puji Pakatan Harapan Tok Batin dipaksa baca teks puji Pakatan Harapan Reviewed by Abu Leman Abu Seman on February 26, 2019 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...