TMJ murka plan Maszlee bina universiti Islam Indonesia di Johor



JOHOR BAHRU: Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim tidak bersetuju dengan rancangan membina Universiti Muhammadiyah Prof Dr Hamka (Uhamka) di Pagoh pada masa akan datang.

Baginda bertitah pendirian itu kerana agama Islam adalah di bawah tanggungjawab negeri iaitu Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar.


“Kedua, fahaman ini bercanggah dengan fatwa negeri Johor Darul Takzim. Pastinya akan berlaku kekeliruan dan perbalahan dalam kalangan masyarakat sekali gus boleh menyebabkan perselisihan antara umat Islam di Johor,” titah Tunku Ismail dalam kenyataan yang dimuat naik menerusi laman Facebook rasmi baginda, HRH Crown Prince of Johor, semalam.

Laporan akhbar tempatan, Utusan Malaysia pada 18 Julai tahun lepas menyebut Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik menyokong pembinaan kampus luar negara pertama universiti itu di Malaysia.


Sokongan dinyatakan ketika Pengurus Pusat (PP) Muhammadiyah Indonesia, Prof Dr Suyatno bertemu dengan Maszlee di Putrajaya, sebelum itu.

Sebelum bertemu Maszlee, pengurusan PP Muhammadiyah juga bertemu Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Datin Paduka Siti Hamisah Tapsir.


Ketika ini, Universiti Muhammadiyah memiliki lebih 10,000 warga pendidikan yang mengelola 173 kampus di seluruh Indonesia yang terdiri daripada 45 universiti dan selebihnya adalah sekolah menengah, akademi dan politeknik. - FMT

TMJ murka plan Maszlee bina universiti Islam Indonesia di Johor TMJ murka plan Maszlee bina universiti Islam Indonesia di Johor Reviewed by Abu Leman Abu Seman on February 25, 2019 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...