PANAS: Timbalan Menteri kantoi 'beli' ijazah palsu Universiti Cambridge



Timbalan Menteri Luar, Datuk Marzuki Yahya sejak semalam menjadi perhatian warganet apabila dikatakan telah menipu rakyat Malaysia tentang sijil akademik pengajiannya di luar negara.

Marzuki Yahya yang juga seorang senator mengisytiharkan beliau mempunyai Ijazah Sarjana Muda di dalam bidang Pentadbiran Perniagaan di Universiti Cambridge, United Kingdom (Bachelor's Degree in Business Administration from the University of Cambridge).



Di satu artikel Bernama, Marzuki yang juga Setiausaha Agung Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu mengisytiharkan beliau mendapatkan ijazahnya melalui pengajian jarak jauh di universiti tersebut.

Namun setelah diperiksa, universiti terbabit tidak menawarkan sebarang pengajian jarak jauh bagi sebarang pengajian ijazah seperti yang didakwa oleh Marzuki.



Universiti Cambridge merupakan universiti inggeris kedua (English-speaking university) tertua di dunia selepas Universiti Oxford dan univeriti keempat tertua di dunia yang masih beroperasi selepas Universiti Bologna, Oxford dan Salamanca.

Warganet medesak Marzuki agar tampil mencerahkan tuduhan yang dilemparkan terhadap beliau dengan menunjukkan bukti sijil ijazah asli yang diperolehinya ketika belajar dahulu.

Sebelum ini Pengerusi PPBM Pulau Pinang itu dikatakan sedang merebut jawatan menteri penuh di Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang mungkin akan diumumkan pada Mac ini. - AbuLeman


Maklumat pendidikan Marzuki di Wikipedia dikemaskini

Akhirnya Timbalan Menteri mengaku tidak miliki ijazah dari Universiti Cambridge

Isu status ijazah Marzuki memalukan negara – Asyraf wajdi

Ini pendapatan timbalan menteri dengan ijazah palsu, Masyuk...

IJAZAH PALSU: Result Marzuki sebijik dalam template di laman web CIU

IJAZAH PALSU: Malaysia dimalukan di England

IJAZAH PALSU MARZUKI: 'Saya tak tahu' – Mahathir



PANAS: Timbalan Menteri kantoi 'beli' ijazah palsu Universiti Cambridge PANAS: Timbalan Menteri kantoi 'beli' ijazah palsu Universiti Cambridge Reviewed by Abu Leman Abu Seman on February 05, 2019 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...